Pages

Tuesday, December 31, 2013

Penyanyi nasyid 'Muhasabah Cinta', Aden meninggal dunia


                   Kang Deden Supriadi

Al-fatihah buat Allahyarham Aden atau nama sebenarnya Kang Deden Supriadi yang meninggal dunia, semalam. 

Aden merupakan vokalis kumpulan nasyid Edcoustic berumur 34 tahun dan berasal dari Indonesia. 

Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas waktu Isyak di Rumah Sakit Al-Islam, Indonesia. Sebelum ini, beberapa laporan menyiarkan mengenai kesihatannya yang tidak menentu sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

Edcoustic mula menerbitkan album sulung mereka pada tahun 2004 yang berjudul Masa Muda dan menerusi album sulung tersebut, Edcoustic menunjukkan pencapaian yang luar biasa dengan jualan album yang cukup memberangsangkan.

Mereka mula mencapai kemuncak populariti apabila menerbitkan single lagu Muhasabah Cinta dari album kedua mereka yang merupakan hasil kolaborasi Edcoustic bersama artis baru, Bima.

Bakat mencipta lagu yang dimiliki Aden, pernah menarik perhatian komposer popular Indonesia, Melly Goeslow yang akhirnya menjalin kerjasama dalam penerbitan lagu tema filem, Ketika Cinta Bertasbih.

Malah, Aden turut berkolaborasi dengan Inteam.



Menerusi album terbaru Inteam yang berjudul Iman & Aman, Aden turut menyumbangkan dua buah lagu kepada Inteam berjudul Jatuh Bangun dan Kau Ditakdirkan Untukku.






0 ulasan:

Post a Comment