Pages

Saturday, December 14, 2013

Wanita berwajah hodoh selamat menjalani pembedahan



                 Foto

Seorang wanita Poland yang dikenali sebagai Joanna yang cacat mukanya kerana ketumbuhan besar mendapat wajah baru minggu lalu melalui pembedahan. Sebelum pembedahan, Joanna berdepan kesukaran untuk mengunyah dan menelan makanan mahupun bercakap. 

Pakar bedah Dr Adam Maciejewski yang mengetuai pembedahan selama 23 jam itu berkata, dia berharap 80 peratus transplan kulit pada wajah pesakit akan pulih dan berfungsi kembali.


Joanna mengalami kecacatan akibat neurofibromatosis - keadaan genetik yang menyebabkan ketumbuhan tidak mengancam nyawa tumbuh di sepanjang sarafnya.


Keadaan itu juga menyebabkan masalah tulang, tekanan terhadap saraf spina, kesakitan, kecacatan pembelajaran dan penglihatan serta pendengaran. Tiada rawatan dapat memulihkan keadaan itu. 


Walaupun kebanyakan mereka yang mengalami masalah itu yang diwarisi daripada ibu atau bapa, 50 peratus memperolehnya secara rawak daripada mutasi gen sebelum dilahirkan. 


                   Foto

Joanna kini dalam keadaan serius tetapi stabil selepas pembedahan di Pusat Kanser dan Institut Onkologi di Gliwice, Poland. 








0 ulasan:

Post a Comment