Pages

Wednesday, December 4, 2013

Rebecca anggap tindakan Erma Fatima kebudak-budakan


       Foto

       Erma bayar Rabecca guna syiling 5 sen
         Gambar yang dimuat naik dalam akaun Instagram miliki Erma Fatima


(kemaskini) Pengarah terkenal Erma Fatima menyindir pelakon Rabecca Nur Al Islam di akaun Instagram miliknya pagi ini kerana memulangkan semula bayaran saman beliau berbentuk duit syiling 5 sen bernilai RM11,200 serta senakshah Al-Quran selepas pelakon itu memenangi kes samannya pada 8 November lalu.

Erma Fatima menyindir Rebecca dan menganggap perbuatan menolak duit syiling dan Al-Quran tersebut adalah perbuatan yang tidak baik.

"Tak baik you reject coin (awak tolak duit syiling) 5 sen dan Al-Quran, 5 sen pun duit tuntutan you juga, nilainya tetap sama, seems (nampaknya) Al-Quran pun you reject maka I tetap nak you tahu apa yang tertulis dalam Al-Quran itu untuk you, so I post di sini sebab I tahu you akan baca," katanya yang dipetik daripada Instagram itu.

Dalam pada itu, satu pesanan melalui aplikasi Whatsapp yang dihantar Rabecca menganggap tindakan Erma yang membayarnya menggunakan syiling dan bergambar di atas syiling berkenaan sebagai kebudak-budakan.

"Ia sangat melucukan dan pihak kami tidak boleh menerima duit itu. Sebab itu, peguam saya mengembalikan wang berkenaan," katanya.






0 ulasan:

Post a Comment