Pages

Wednesday, November 27, 2013

Ustazah Zawiyah, seorang penceramah bebas menegur kos kahwin pasangan Zain dan Che Ta.

Ketika negara sedang heboh memperkatakan mengenai "Wedding of The Year" pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM13 juta, seorang pendakwah bebas memberikan peringatan dan teguran.




“Di mana keberkatannya sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang dilarang ALLAH termasuk dalam hal membabitkan pembaziran dan bermegah-megah ketika mengadakan majlis," ujar Ustazah Zawiyah Hassan.

Nasihat itu dilontarkan Ustazah Zawiyah menerusi Harian Metro.

“Itu belum lagi dalam perkara yang seolah-olah menjadi trend sekarang bagi pasangan sebelum berkahwin untuk kononnya bergambar pra-perkahwinan sambil berpelukan dan berpegangan tangan,” katanya lagi.

Tegasnya, perkahwinan merupakan suatu ibadat, namun jika majlis meraikannya dibuat secara besar-besaran sehingga berlaku pembaziran, bagaimana hendak mendapatkan keberkatan ALLAH.

“Kalau nak kata buat majlis besar sebab kepuasan diri, memang manusia ini selalunya tidak pernah puas, cuma kalau boleh dielak, elaklah. Kita berkahwin sebab nak dapat reda ALLAH, bukan pandangan orang sekeliling terhadap majlis yang akan dilaksanakan,” katanya.

Jelas Ustazah Zawiyah, hukum sebenar kenduri kahwin hanya sunat sebagaimana sabda Rasulullah iaitu mengadakan kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing.

Namun apa yang membimbangkan kini katanya, majlis perkahwinan secara besar-besaran sehingga berlaku pembaziran seolah-oleh sudah menjadi trend walaupun pada masa yang sama terdapat ramai orang memerlukan.

Zawiyah yang juga bekas Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, sebaik-baik perkahwinan itu sederhana belanjanya supaya mendapat rahmat dan keberkatan.

Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta pada hari bahagianya akan menggayakan set barangan kemas tajaan Habib Jewel bernilai RM10 juta.

Pada majlis pernikahan yang akan berlangsung di Gazebo Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam, itu nanti, Che Ta bakal menerima wang hantaran RM23,200, mas kahwin bernilai RM9,300 serta sebentuk cincin perkahwinan dianggarkan berharga RM93,000.

                                           

Majlis berinai Che Ta akan diadakan pada 10 Disember ini dan seterusnya, majlis resepsi pasangan pengantin berlangsung pada 13 Disember 2013 di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam, jam 8.30 malam.

kredit: Sinar Harian

Monday, November 25, 2013

Kanak-Kanak 6 Tahun Berjaya Meloloskan Diri Dari Penculik.

Seorang kanak-kanak lelaki bertindak pantas dan berani apabila berjaya melarikan diri daripada penculik yang menculiknya.

                       Budak 6 Tahun Berjaya Selamatkan Diri Dari Penculik

Kanak-kanak berusia 6 tahun tersebut dikatakan ditangkap oleh seorang lelaki yang memakai topeng ketika dia sedang bermain dengan rakan-rakannya di luar flat di Bangsar, semalam.

Dia dibawa menaiki LRT dan setelah beberapa perhentian, dia bertindak berani dengan berlari menuju keluar sebaik sahaja pintu dibuka ketika LRT itu berhenti di stesen Taman Melati kira-kira pukul 4 petang.

Kanak-kanak tersebut berlari keluar seterusnya hanya berhenti apabila melihat seorang pegawai polis bantuan.

 "Saya mahu lari tapi saya takut. Tetapi apabila saya melihat pintu terbuka dan dia sedang melihat tempat lain, saya hanya berlari keluar selaju yang mungkin," katanya sambil menambah lelaki itu tidak mengejarnya.
Menurutnya lagi, terdapat ramai orang di sekelilingnya tetapi dia tidak berani meminta bantuan kerana bimbang lelaki itu akan mengapa-apakannya.

Kanak-kanak itu kelihatan amat berani dan berkata polis telah memberikan minuman dan mee untuk makan malam.

Sunday, November 24, 2013

Cikgu Dan Anak Murid


Di luar bilik darjah, kelihatan seorang guru sains menghampiri seorang pelajar lalu bertanya

Cikgu: Man, saya perhatikan kamu  dari tadi mengantuk je, kamu dengar apa yang saya ajar?

Man: Dengar cikgu, saya mengantuk je tapi tak tidur.

Cikgu: Okay, kalau macam tu cuba kamu jawab soalan saya ni.

Man: Apa dia, Cikgu?

Cikgu: Siapa Thomas Alfa Edison?
                                     
Man: Tak tahu, Cikgu.

Cikgu: James Watt?

Man: Itu pun saya tak tahu.

Cikgu: Kalau Alexander Graham Bell?

Man: Aduh Cikgu! Mana la saya kenal semua tu..

Cikgu: Haishh.. Kenapa la bengap sangat kamu ni Man? Semua kamu tak tahu?

Man: Laa.. Cuba saya tanya cikgu pulak. Cikgu tahu siapa Haji Ahmad?

Cikgu: Siapa dia tu?

Man: Kalau Lim Ah Kok? Kadir Sulaiman? Harun Wan Hiril? Cikgu kenal?

Cikgu: Eh stop stop Man, Siapa mereka semua tu?

Man: Cikgu.. Saya nak bagitahu cikgu yer, tak semua orang yang cikgu kenal, saya pun kenal. Orang yang saya kenal, cikgu pun tak kenal. Kita ni manusia, ada kenalan masing-masing!

Cikgu: Adeh pening kepala aku.***

Anak Tokoh Korporat Ditemui Rentung Bunuh Diri.

                                      
                                                                 (Gambar Hiasan)

Anak lelaki seorang tokoh korporat ditemui rentung 80 peratus di balkoni sebuah kondominium di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, awal pagi kelmarin.

 Mangsa merupakan seorang pelajar jurusan ekonomi dan politik di sebuah universiti luar negara, 20 tahun, ditemui ibunya pada kira-kira jam 4 pagi ketika terjaga dari tidur sebelum melihat kesan kebakaran di balkoni kondominium berkenaan. Ibu mangsa kemudiannya cuba membuka pintu jerigi yang berkunci sebelum melihat mayat anaknya dalam keadaan rentung dan tertiarap.

Sebuah telefon bimbit yang tertera pesanan ringkas mangsa kepada rakannya "see you in other side" (jumpa kamu di dunia lain) berada berhampiran mangsa. Turut ditemui juga dua tin disyaki mengandungi petrol.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kematian anak tokoh itu dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat

Wanita menendang, memijak perut dan dada peragut.

                                     Wanita bergelut, tendang peragut
                                                     (Peragut ketika ditahan oleh orang awam)

Seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an dikatakan sedang berada di sebuah kedai menjual barangan kosmetik di salah sebuah kedai di Jengka, Pahang. Mangsa yang ketika itu sedang meletakkan beg tangan di atas meja kaunter untuk melakukan pembayaran namun beg tangan tersebut diragut oleh seorang lelaki berusia 21 tahun dari arah belakang.

Peragut itu kemudiannya melarikan diri bersama beg tangan tersebut ke arah motosikal yang diparkir terletak kira-kira 10 meter dari tempat kejadian. Mangsa bagaimanapun sempat mengejar suspek dan berlaku pergelutan antara mereka sebelum mangsa meminta tolong orang ramai.

Pergelutan itu menyebabkan motosikal yang ditongkat tumbang dan mangsa turut terjatuh akibat tolakan berkenaan. Mangsa bagaimanapun segera bangun lalu menendang dan memijak beberapa kali di bahagian perut serta dada lelaki terbabit.

Lelaki itu kemudiannya cuba melarikan diri namun tidak berjaya kerana ditangkap dengan bantuan orang ramai.

Menurut saksi kejadian, orang ramai terdengar mangsa menjeritan mangsa lalu bergegas ke lokasi kejadian.

Mangsa bagaimanapun tercedera akibat terjatuh dan mendapatkan rawatan di Hospital Jengka, menerima tujuh jahitan di belakang kepala selain bengkak rusuk kiri, melecet bahagian badan dan lebam betis kanan.

Peragut berkenaan ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera ketika samun tanpa senjata api.

Saturday, November 23, 2013

Khasiat hidu bau kentut.

           
                                      
                                                                   (Gambar Hiasan)

Mungkin ramai yang belum mengetahui khasiat menghidu bau kentut walaupun kenyataan ini telah lama dikeluarkan. Pegawai Kesihatan Persekutuan Amerika Syarikat (AS) telah mengeluarkan kenyataan kepada umum mengenai faedah hidu bau kentut.

"Kentut yang kerap dihidu boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit merbahaya seperti asma, sakit kepala. emfisema, jantung dan lain-lain. Setiap tahun kira-kira 130,000 rakyat AS telah pulih daripada pelbagai penyakit disebabkan menghidu kentut dan ramai yang pulih daripada penyakit yang dialami kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan itu" kata seorang doktor yang bertugas di Pusat Kawalan Penyakit (CDS) AS.

Katanya,  orang ramai harus mengetahui dan menyedari bahawa menghidu kentut sebenarnya boleh menambahkan khasiat.

Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap tahun kentut mempulihkan 800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar,30,000 lelah dan 50,000 kes sakit telinga. Disebabkan masalah makanan tidak teratur, kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut.
Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23 kali sehari.

Mungkin sukar untuk kita mempercayainya, tetapi inilah fakta yang dikeluarkan mengenai khasiat hidu bau kentut. 

p/s: (Lepas ni cuba tekup angin kentut dalam plastik lepas tu bagi ayah/mak hidu.. Bagitahu tu angin kentut. Untuk kesihatan mereka)

Ustaz Azhar Idrus dibayar RM25-30 Dalam Ustaz Mu Tunggu Aku Datang??

Ustaz Azhar Idrus atau lebih popular dikenali sebagai UAI, seorang penceramah bebas yang popular muncul dalam filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang! arahan pengarah popular Datuk  David Teo.

                    UAI di Bayar RM25~30K Dalam Ustaz Mu Tunggu Aku Datang?
                                                         (Barisan pelakon utama Ustaz Mu Tunggu Aku Datang!)

Menampilkan seorang penceramah popular dalam filem tersebut, ia merupakan strategi tersendiri yang dilakukan oleh syarikat perfileman milik Datuk David Teo iaitu Metrowealth.

Ada desas-desus yang mengatakan UAI menerima bayaran yang agak lumayan iaitu sekitar RM25,000 sehingga RM30,000 meskipun hanya tampil dalam tiga babak sahaja.

Persoalan berkaitan itu bagaimanapun tidak terjawab apabila penerbitnya, Datuk David Teo enggan mendedahkan jumlah sebenar yang dibayar oleh Metrowealth.

“Tentang nilai bayaran, pastinya saya tidak boleh memberitahu jumlah sebenar kepada umum dan ia dibuat atas persetujuan antara pihak penerbit dan pengurusan Azhar Idrus menerusi beberapa perbincangan yang dilakukan.

“Sebenarnya. kami tidak pernah berurusan dengan Azhar secara langsung, sebaliknya segala urusan dibuat bersama dengan pengurusan beliau. Jadi, saya ingin menjelaskan tentang bayaran bukan beliau yang menetapkannya.

“Bayaran yang Metrowealth berikan bukanlah dinilai kepada kekerapan kemunculan beliau, tetapi lebih menjurus kepada falsafah dan pandangan beliau menerusi mesej positif yang disampaikan,” jelasnya.

David bagaimanapun menegaskan bahawa perkara tersebut tidak sepatutnya dipertikaikan kerana peranan Azhar dalam filem arahan Pierre Andre itu memberi impak kepada jalan cerita.

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang! menceritakan tentang Dadu (Shahrol Shiro) yang tidak mempunyai hala tuju dalam hidup, manakala rakan baiknya Muiz (Ajak Shiro) pula seorang penganggur dan mengharapkan Dadu menyara hidupnya.

p/s: Mungkin selepas ini, akan ada orang berkopiah, bersongkok dan  berjubah memasuki pawagam untuk menonton filem. :)

Sultan Johor Titah Jumaat Dan Sabtu Cuti Hujung Minggu.


                           
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa pada 1 Januari 2014 bagi memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang.


Keputusan baginda ini telah dijangka oleh rakyat Johor secara khususnya dan rakyat seluruh Malaysia secara amnya kerana spekulasi pertukaran hari cuti hujung minggu ini timbul lebih awal apabila dokumen kerajaan negeri bocor di Internet.  

Keputusan ini diumumkan sempena hari keputeraan baginda yang ke-55.

Ketika ini, hanya negeri Kelantan, Terengganu dan kedah sahaja yang menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti hujung minggu di negeri masing-masing.

Terdahulu pada tahun 1994, Kerajaan negeri Johor pernah menggunapakai sistem yang sama dimana hari Jumaat dan Sabtu merupakan hari hujung minggu, namun setelah itu ditukar kepada hari Sabtu dan Ahad.

Air Kencing Lady Gaga dijadikan minyak wangi


Seorang penyampai televisyen New York mendakwa dia menjadikan air kencing Lady Gaga sebagai minyak wangi setelah mengumpul air kencing tersebut dari tong sampah.

Menurutnya, Bintang superstar itu pernah kencing di dalam tong sampah bilik persalinan kerana tidak mendapatkan tandas dan  turut meminta maaf atas perbuatannya itu sebelum keluar. 

Tambahnya lagi, Gaga boleh membuang air kencing di mana-mana saja yang dia mahu. 

Penyampai itu turut meminta pembantu peribadinya mencari petua dan resepi untuk menyimpan air kencing itu dan menjadikannya minyak wangi. Mereka mengambil air kencing tersebut dan menyimpannya ke dalam botol yang cantik. Menurutnya lagi, dia tidak kisah melakukan perbuatan itu walaupun mengetahui ia adalah tindakan yang salah kerana menganggap ia adalah artifak bintang pop yang bernilai. 



Sementara itu, Gaga memberi amaran kepada peminatnya di laman Twitter dengan berkata: "Anda sudah diberi amaran jika dia cuba menyembur kepada anda". -Sumber

Nabil Kini Jadi Tauke Gimnasium

Alhamdulillah.. rezeki semakin melimpah ruah buat Juara Raja Lawak Musim Kedua iaitu tidak lain tidak bukan Nabil Ahmad. Nabil yang juga pelakon dan pengacara terkenal, baru sahaja menyertai rakan kongsinya, Sam Adnan membuka sebuah gimnasium yang terletak di alamat 11A Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

                                       

Gimnasium tersebut beroperasi bermula pada jam 7 pagi sehingga 11 malam setiap hari.  Gimnasium ini turut menyediakan pelatih-pelatih yang berkelayakan dan berkaliber untuk lelaki dan perempuan. 

Ujar Nabil juga, setakat ini agak ramai rakan-rakan artis yang datang ke gimnasium mereka dan rakan kongsinya banyak membantu.

Friday, November 22, 2013

Budak tahan sakit hampir satu jam tangan tersepit pada besi basikal.

                 
Seorang kanak-kanak lelaki  terpaksa menahan kesakitan hampir satu jam kerana tangannya tersepit pada besi basikal.

Tangan budak cedera hingga nampak tulang
       (Gambar tangan Mohd Nur Iman Mohd Zafri, 9, yang tersepit)
Sumber gambar: Sinar Harian

Dalam insiden kira-kira jam 3 petang kelmarin, Mohd Nur Iman Mohd Zafri, 9, cuba membetulkan rantai basikal yang ditungganinya sebelum tangan kanannya terperosot dan tersepit di celah besi antara rim dengan rantai basikal berkenaan.

Akibat kejadian itu, dia mengalami kecederaan dengan kulit terkoyak sehingga menampakkan tulang ketika cuba menarik keluar tangannya yang turut tersangkut pada skru brek basikal berkenaan.  Mohd Zafri Said, 38, bapa kepada Mohd Nur Iman berkata, dia mengetahui insiden menimpa anaknya itu selepas dimaklumkan oleh seorang guru dari sebuah sekolah tahfiz berdekatan yang melihat Mohd Nur Iman menahan kesakitan bersama basikalnya, kira-kira 20 meter jarak rumah dari lokasi kejadian.

Menurut Mohd Zafri, dia dan isteri berlari ke lokasi kejadian dan setelah tiba, dia cuba menarik keluar tangan anaknya yang tersepit namun tidak berhasil.

Kerana bimbang dengan keselamatan anaknya, Dia menghubungi pihak Bomba dan Penyelamat yang kemudian tiba 10 minit kemudian.

Operasi mengeluarkan tangan mangsa mengambil masa kira-kira 15 minit sebelum dihantar ke  Hospital dan kini dilaporkan stabil.

Thursday, November 21, 2013

Mayat pelancong Taiwan Hsu Li Min dibakar hari ini.

Mayat pelancong warga Taiwan Hsu Li Min yang ditembak mati sekumpulan lelaki bersenjata di Pulau Pom-Pom, Semporna Jumaat lepas dibakar pada hari ini.

Upacara pembakaran mayat dilakukan di pusat pembakaran mayat Foo Kui Memory Park, Tawau, kira-kira 12 tengah hari. Difahamkan sebelum upacara pembakaran dijalankan, mayat Li Min, 57, dibawa ke Tokong Sia Kok Moral Uplitting Society untuk upacara keagamaan.

Abang mangsa, Hsu Li Ren berkata pihaknya berterima kasih kepada semua yang telah memberi bantuan kepada keluarganya terutamanya kepada kerajaan Malaysia dalam masa tiga hari mereka di sini. Li Ren juga turut berterima kasih kerana membenarkan upacara pembakaran mayat dilakukan di sini juga.

Pada 15 Nov lepas, Li Min dijumpai mati di dalam sebuah bilik di pulau peranginan dengan dua kesan tembakan di dadanya manakala teman wanitanya Chang An Wei, 58, diculik oleh kumpulan bersenjata dipercayai kumpulan pengganas dari negara jiran. 

Sumber: Sinar Harian

Wednesday, November 20, 2013

Azean Irdawaty kembali masuk wad

Aktres Veteran, Azean Irdawaty, penyanyi era 1970-an dan merupakan seorang pelakon yang amat dikenali di Malaysia kerana aktif memainkan peranan beliau berlakon dalam banyak filem dan drama TV antaranya filem Waris Jari Hantu (2007), Talentime (2009) serta drama Ratu Jamu dan Aishah 50 sen.


Seperti yang umum sedia maklum, Azean kini terpaksa berulang alik menerima rawatan di Hospital kerana menghidap penyakit kanser. Adalah lebih menyedihkan apabila Doktor mengesahkan bahawa barah tumornya kini merebak ke bahagian lain.

Terbaru, Azean sekali lagi dimasukkan ke hospital kira-kira pukul 11 malam, kelmarin namun keadaan beliau tidaklah membimbangkan seperti yang dimaklumkan oleh anak sulungnya Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 35. Benjy bagaimanapun tidak memaklumkan di hospital manakah ibunya ditempatkan.


Semoga Azean kuat menghadapi dugaan ini dan bertambah sihat. Amin..

Monday, November 11, 2013

Wanita histeria di pawagam ketika menonton HIGHLAND TOWERS.

Assalamualaikum diucapkan kepada para pembaca,diharap sihat hendak nya.

Pada hari ini admin teringin nak membuat entry mengenai kisah wanita histeria di pawagam ketika menonton "HIGHLAND TOWERS" yang diarah oleh Piere Andre.Antara barisan pelakon filem tersebut adalah Mikael Andre,Shima Anuar, Atikah Suhaime, Niezam Zaidi, Adibah Yunus, Eddy Rauf.

Highland tower yang diadaptasi dari kisah benar yang dahulunya merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993.

Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.

Pernahkah di antara anda menonton filem "HIGHLAND TOWERS"? Dan pernahkah anda mendengar kisah wanita histeria ketika menonton filem tersebut? Adakah anda percaya dengan hanya menonton filem tersebut boleh menyebabkan histeria? Sememangnya, admin sukar percaya dengan perkara sebegini, namun banyak di antara yang menonton filem tersebut akui bahawa jalan cerita HIGHLAND TOWERS sememangya seram.
Memang di muka bumi ini bukan hanya kita yang ada namun makhluk yang tak dapat dilihat dengan mata kasar turut 'hidup' di muka bumi ini, namun kita selalu di ingatkan supaya jangan terlalu berani, dan jangan pula terlalu takut akan 'makhluk' yang sentiasa mencari jalan untuk melemahkan semangat kita.
Dan kita selalu di ingatkan juga jangan terlampau taksub dengan perkara seperti 'paranormal' jika kita terlampau taksub maka 'makhluk' itu akan sentiasa cuba mendekati kita.

Kepada para pembaca sekalian, ingatlah bahawa Allah sentiasa ada disisi kita, takutlah kepada hukumanNya janganlah mudah terpedaya dengan hasutan syaitan.Meminati filem seram sememangnya boleh tapi awasilah batas minat tersebut jangan 'melampaui' batas hingga boleh menghancurkan diri sendiri. Sekian..












posted from Bloggeroid

Sunday, November 10, 2013

Teh Kombucha (Cendawan Mekah) mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Air teh Kombucha/ Baby Kombucha/ Cendawan Mekah adalah minuman zaman silam dari Manchuria yang mana ia telah dibiakkan melalui proses pembentukkan/pembiakan dari ‘Bacterium lylinum’. Cendawan Mekah ini secara semulajdi adalah sedikit berasid dan diketahui mempunyai rasa seperti ‘cuka sider epal’, ia sedikit manis, sedikit masam.



Benih Cendawan Mekah ini sangat mahal harganya, sesuai dengan khasiat serta dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Ianya telah terbukti berkesan dan ianya menjadi rebutan tidak kiranya berasal dari pelusuk negara mana sekalipun contohnya di Eropah, Asia Barat, Nusantara, India dan lain-lain lagi.

Cendawan Mekah ini mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya:
Sakit sendi dan tulang
Membantu menurunkan kadar kolestrol
Melancarkan pembuangan air besar
Menyembuhkan kencing manis
Menyembuhkan sakit kepala termasuk migraine
Menyembuhkan masalah penglihatan
Mencegah jerawak dan penyakit kulit
Membersihkan racun dalam tubuh
Menyuburkan rambut & mengatasi masalah uban
Menambah tenaga
Asma (lelah)
Menyembuhkan penyakit lumpuh (stroke)
Menyembuhkan sakit jantung
Menyembuhkan sakit buah pinggang
Dan pelbagai jenis penyakit kronik*
(Bagi wanita datang bulan/period/haid, dinasihatkan agar menjauhi Cendawan ini kerana ia akan mati sekiranya tersentuh atau berada berdekatan)

Harga cendawan Mekah ini adalah sekitar RM25 sehingga RM100 berdasarkan saiz cendewan tersebut.

p/s: Cendawan ini dibiakkan melalui proses rendaman dengan air teh O.. Jika guna cerek, ia akan menjadi kepingan Cendawan sebesar cerek, jika diletakkan ke dalam besen, maka sebesar besenlah kepingan baru akan tumbuh. Bergantung kepada bekas tersebut.

Cara-cara menyediakan:
1. Jerang 2 liter air dalam cerek
2.  Masukkan gula pasir (2,5 sudu) kedalamnya.
3.  Setelah air gula mendidih, lalu masukkan 5 uncang atau dengan ukuran setara teh hijau kedalamnya, tutup rapat cerek, biarkan selama 15 minit.
4. Angkat sachet, buka tutup cerek dan biarkan teh manis tersebut menjadi dingin sesuai suhu ruang. Tutup dengan kain agar tak dimasuki debu atau binatang-binatang kecil seperti semut, lalat dan sebagainya.
5. Setelah suhu cerek sama dengan suhu bilik, pindahkan teh manis tersebut kedalam balang kaca yang sudah disediakan, sambil ditapis.
6. Masukkan Cendawan Mekah, kemudian jemur di tempat yang tidak terdedah kepada matahari secara terus. Jangan letak ia dalam posisi terbalik kerana kebisaanya ia akan terapung dan tenggelam.
7. Tutup balang kaca tersebut dengan kain bersih agar debu ataupun binatang tidak masuk kedalam balang namun tetap ada udara.
8. Letak baling itu ditempat gelap. Untuk proses fermentasi teh manis tersebut, jemur Cendawan tidak boleh kena sinar matahari dan jangan goncang-goncang. Kalau tidak bungkus baling itu dengan pembungkus atau tas plastik hitam tetapi jangan sampai menutup mulut balang yang sudah ditutup kain agar ia dapat bernafas.
9. Jemurkan selama 7 hari ataupun 14 hari (mengikut keperluan)
10. Bila Cendawan ini melalui proses matang, ia akan mengeluarkan 1 lapisan cendawan lain di atasnya. Semakin lama, semakin bertambahlah ia.




Aturan Minum:
o    1 - 2 thn : 1/10 - 1/5 gelas/hari
2. 3 - 4 thn : 1/4 gelas/hari
3. 5 - 9 thn : 1/3 gelas/hari
4. 10 - 14 thn : 1/2 gelas/hari
5. 15 - 17 thn : 3/4 gelas/hari.

o    6.18-seterusnya:5/6 gelas/hari

Pembunuh Pegawai Ambank akhirnya telah ditahan Polis.

Polis akhirnya berjaya menahan pembunuh Pegawai Ambank  Norazita Abu Talib dimana kejadian Norazita maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan bersama-sama dengan seorang lagi pegawai wanita di Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Okt lepas.  

Dalam kejadian tersebut, suspek turut melarikan sejumlah RM450,000. Rakaman video yang diambil dari CCTV bank berkenaan memaparkan insiden tersebut. Video beraduasi selama 32 saat itu tersebar secara meluas di laman sosial ekoran kejadian tersebut. 
Semenjak  hari berlakunya kejadian,  Pasukan Polis giat melakukan gerakan memburu suspek. Akhirnya, Pasukan Polis telah berjaya menahan suspek berkenaan.


Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di dalam laman Twitternya pada pagi 10/11/2013 (hari ini). Beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Ops Cantas Bukit Aman yang dikatakan telah Berjaya menahan suspek di Johor Bahru.

Fizo Omar & Mawar telah selamat bergelar suami isteri.

Tahniah diucapkan kepada pelakon  Fizo Omar dan Mawar Abd Karim. Mereka kini sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz pada jam 9.32 pagi dalam satu majlis yang dihadiri beberapa rakan artis.


Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Bin Wan Omar diijabkabulkan oleh Pegawai Agama Daerah Hulu Langat, Ustaz Mohd Arif Bin Abdul Samat berwalikan Hakim Pejabat Agama Hulu Langat dengan mas kahwin berjumlah RM506.

Majlis turut dimeriahkan dengan tujuh orang selebriti lelaki diketuai oleh Datuk Rosyam Nor, Johan As’ari, Fahrin Ahmad, Shaheizy Sam, kamal Adli, Karl Shafek dan Nazim Othman yang membawa dulang-dulang hantaran bagi pihak pengantin lelaki.


Menurut pasangan pengantin baru ini, mereka akan mengadakan sebuah resepsi di Kelantan, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur setelah mereka pulang dari berbulan madu di Eropah nanti.


Penjenayah larikan kemaluan lelaki

Kejadian ini berlaku di Los Angeles, Amerika Syarikat, dimana empat orang didakwa menculik, menyeksa dan mengerat kemaluan seorang pemilik tempat penyimpanan ganja perubatan bagi memaksa mangsa mendedahkan tempat simpanan perniagaan dadahnya.
Empat orang tertuduh terbabit dipercayai tersilap menilai mangsa dengan menyangka mangsa adalah pengedar dadah yang menyembunyikan sejumlah besar wangnya di kawasan terpencil padang pasir, sebaliknya mangsa adalah seorang ahli perniagaan yang menjalankan perkhidmatan penyimpanan ganja berlesen.

Dua daripada suspek, Ryan Anthony Kevorkian, 34, dan Naomi Josette Kevorkian, 33, ditahan di Fresno, tengah California semalam, sehari selepas defendan ketiga Hossein Nayeri, 34, ditahan di Republik Czech.

Pihak berkuasa berkata, pada awalnya Hossein melarikan diri dari AS ke Iran selama beberapa bulan tetapi ditahan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) ketika cuba melawat keluarganya di Sepanyol.

Bagaimanapun Kyle Shirakawa Handley, 34, dalang yang dituduh dalam kes penculikan itu sudah ditahan sejurus selepas insiden tersilap mangsa itu berlaku Oktober lalu.
Setiap suspek didakwa atas tuduhan menculik, melakukan kekacauan, penyeksaan dan mencuri dengan hukuman tambahan kerana menyebabkan kecederaan parah pada tubuh. Semua mereka ditahan tanpa dibenar diikat jamin dan berdepan hukuman maksimum penjara seumur hidup tanpa parol jika disabitkan kesalahan.

Mangsa - yang dirahsiakan identitinya oleh pihak berkuasa - adalah pemilik tempat penyimpanan ganja sah yang mewah di California.
Ganja itu disimpan untuk tujuan perubatan. Mangsa terselamat daripada dicacatkan tetapi terpaksa dimasukkan ke hospital untuk tempoh yang lama. Polis berkata, suspek melarikan diri bersama potongan kemaluan mangsa supaya ia tidak dapat disambung semula. Menurut polis, rancangan penculikan itu dibuat selepas mangsa membawa beberapa penanam ganja yang menjadi pembekal kepada tempat penyimpanannya, termasuk Handley untuk percutian mewah hujung minggu ke Las Vegas. - Reuters





sumber : Harian Metro

Saturday, November 9, 2013

Iklan TV di Thailand kalau tak kreatif, bukan Thailand namanya. 

Jom tengok sama-sama. 
(jika anda tidak mahu berada di Hospital, jagalah kesihatan dengan sebaik mungkin.)


Iklan supplement yang mencuit hati bagi mereka yang  menontonnya. Mungkin sekali imbas, anda tidak faham apakah yang dimaksudkan dengan video tersebut. Setelah anda faham, anda mungkin akan tergelak kerana kretifnya ia.

Tujuan iklan ini adalah untuk mempromosikan supplement sahaja. Bukan cerita hantu.




Cicak goreng chili memang sedap?? 



Seperti tajuk diatas, dapat kita bayangkan seekor, dua ekor, tiga ekor atau beratus ekor cicak yang digoreng pedas dan dimakan oleh manusia. (Jika haiwan lain yang memakannya, tidak kita ketahui rasanya sedap bukan?)

Beberapa hari lalu, TORUSturus sering melihat video-video yang sering dikirim oleh kenalan di laman sosial facebook untuk perkongsian bersama. Video berkenaan diambil dari youtube bertajuk Lizard Gecko Restaurant Tasty & Sweet beraduasi selama satu minit empat puluh lapan saat yang memaparkan beberapa ekor cicak digoreng hidup-hidup. Ianya berlaku di salah sebuah Restoran di Thailand. 


Rata-rata komen negatif dilemparkan oleh mereka yang menontonnya. Kenapa?


Nak lihat sendiri? Di bawah ni TORUSturus bagi video tu, bagi anda yang nak lihat, boleh klik dan mainkan video tersebut. 





Amaran keras: (Ianya amat memualkan, mungkin anda akan muntah selepas melihatnya)


Friday, November 8, 2013

BR1M 3.0 2014 - Syarat-Syarat & Borang Permohonan.





Menerusi Bajet 2014, kadar pemberian BR1M 3.0 telah dipertingkatkan dan diperluaskan (kepada yang layak sahaja).
Bagi isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan kebawah, kadar pemberian dipertingkatkan kepada RM650.

Isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000 turut menerima BR1M pada kadar RM450.
Bagi individu bujang yang bekerja dan berpendapatan bulanan RM2000 dan kebawah, layak menerima bantuan RM300.
Berikut adalah syarat kelayakan dan cara permohonan online BR1M 2014.


Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.


Borang Permohonan BR1M 3.0 Secara Online.


Muat turun Borang pendaftaran BR1M 3.0 boleh didapatkan dilaman yang tertera dibawah:


http://www.hasil.gov.my/


Nota Penting: Setakat ini permohonan BR1M 3.0 secara online masih belum dibuka dan dijangka akan dibuka pada minggu ketiga bulan November 2013.












Neymar beri kejutan! Berkunjung ke rumah seorang peminat remaja di Ampang.


Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang kunjungan Neymar ini. Neymar berada di Malaysia kira-kira tiga bulan yang lalu, memberikan kejutan dengan mengunjungi rumah salah seorang peminatnya di Ampang.

Pada hari raya kedua, Muhammad Syafiq Salmi, 15, menerima kunjungan Neymar dengan penuh perasaan gembira kerana tidak menyangka apabila melihat kedatangan tiga buah van yang berkunjung ke rumahnya itu adalah Neymar, pemain bola sepak yang meningkat naik ketika ini.
Menurut Syafiq, Dia telah lama menjadi peminat Neymar, 21, bahkan sejak zaman beliau bermain bersama FC Santos lagi.

“Apabila Neymar sampai, dia datang dan bertanya “dimana Syafiq?” Saya sungguh terkejut. Saya rebah! Selama ini saya hanya melihatnya di TV, kini, dia berada di sini. Di rumah saya! Ia sukar dipercayai.! Ini merupakan raya terbaik yang pernah saya sambut.”