Pages

Wednesday, December 4, 2013

Erma Fatima bayar Rebecca guna syiling 5 sen


           
                 

Pada bulan Julai lalu, aktres jelita, Rabecca Nur Al-Islam telah menyaman serta memenangi kes tuntutan terhadap produksi milik pengarah dan penerbit terkenal Erma Fatima, Rumah Karya Citra (M) Sdn. Bhd kerana mendakwa syarikat tersebut gagal melunaskan baki bayaran lakonannya sebanyak 40 peratus untuk drama Dejavu Di Kinabalu.

Mahkamah mengarahkan Erma Fatima supaya mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca menerusi drama 'Dejavu Di Kinabalu' sebanyak RM11,200 termasuk lima peratus faedah daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya.

Erma Fatima telah membayar wang tuntutan daripada pelakon Rabecca Nur Al-Islam sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen sehingga menimbulkan rasa kurang senang pelakon itu.

Rabecca menjelaskan, dia mahu Erma membayar wang tuntutan itu dengan cara berhemah.

Difahamkan, Erma bukan sahaja membayar saman tersebut dengan menggunakan syiling malah turut memberikan senaskah al-Quran kepada Rabecca.

          

Dalam pada itu, Erma turut memberi komen di laman Twitter miliknya mengenai tindakannya itu;

 "Aiyoooooo! Takan pasal 5 sen I jadi gaduh! Tak salahkan kalau I nak bayar dia dengan duit apa pun asal I bayar.

 "Adakah al-Quran yang selalu dijadikan hantaran kahwin satu sindiran? Saya mahu al-Quran jadi saksi pembayaran saya. Itu sahaja!" ujarnya.

Dalam perkembangan sama, tidak mahu isu ini berlarutan, Erma dilihat memadamkan beberapa foto di Instagram berhubung tindakannya ini.





0 ulasan:

Post a Comment