Pages

Tuesday, December 10, 2013

Qi Razali: Semua salah faham selesai



         Qi: Semua salah faham selesai

Adat  berkasih sayang, tentu mempunyai rasa cemburu apabila melihat orang yang disayangi berpelukan dan bermesra dengan orang lain walaupun ianya hanya beberapa keping gambar.

Itulah yang dialami oleh pelakon dan pengacara, Qi Razali. 

Qi bagaimanapun kemudiannya memohon maaf di atas sindirannya di laman sosial dan mengakui ia tidak balas yang beremosi.

Sebelum ini, Sharnaaz Ahmad memuat naik gambar mesra yang merupakan babak dalam drama yang dibintanginya dengan Nelydia Senrose, kekasih Qi.

Kata Qi, "ia cuma salah faham dan saya cepat memberi tindak balas selepas melihat gambar-gambar tersebut. Saya salah tetapi biasalah kalau sudah sayang mesti ada rasa cemburu. Perkara macam ini tidak pernah terjadi sebelum ini. Terus terang saya cakap semua sudah selesai."

Sharnaaz bagaimanapun telah meminta maaf atas salah faham yang berlaku dan berkata tujuan beliau berbuat demikian hanyalah untuk mempromosikan drama yang dilakonkan bersama Nelydia dalam babak "Bukan Kerana Aku Tak Cinta". Gambar-gambar tersebut dimuat naik menerusi Instragram miliknya.

         









0 ulasan:

Post a Comment