Pages

Monday, December 9, 2013

Letih sampai tertidur dalam kubur

 
          Lagi kisah pontianak
              
Nama Aishah Ilias, 26, mungkin masih baru dalam dunia lakonan, namun bakat Aishah telah mendapat perhatian umum terutamanya dalam kalangan produksi filem dan drama tempatan sekali gus menerima tawaran untuk berlakon drama  seperti ‘Atas Nama Cinta’, ‘Amira’ ‘Dejavu Di Kinabalu’, ‘Jodoh Itu Milik Kita’ dan yang paling memberi impak ialah lakonan berkesan melalui drama bersiri 'Love You Mr Arrogant' dengan melakonkan watak Zafrina.

Aishah yang berketinggian 174 sentimeter ini kini sedang mencipta nama sebagai salah seorang aktres baru yang punya rupa serta bakat tersendiri.

Pada tahun 2006,  Aishah  menyertai pencarian Dewi Remaja bersama Scha Al Yahya, Rebecca Nur Islam dan Izreen Azminda.

Selepas pertandingan itu, dia kembali menyambung pelajarannya di Rima College dalam bidang kesetiausahaan. Selepas tamat belajar, Aishah bekerja di sebuah firma arkitek di ibu negara selama lebih kurang empat tahun.


Aishah akhirnya memasuki bidang hiburan apabila dia terserempak dengan  Haji Fazil, pemilik Zeel Productions. Bermula dari situlah bermula perjalanan seninya apabila  bermula dengan drama bersiri ‘Mencari Athira’ yang bersiaran di RTM.

Mengakui persaingan dalam industri seni semakin sengit, dia menjelaskan sudah bersedia untuk berdepan keadaan itu. Baginya, perkara yang membezakan setiap pelakon adalah disiplin.

Terbaru, Aishah mendapat tawaran berlakon sebagai pontianak dalam filem Paku. Filem seram itu merupakan filem pertama lakonannya dan kali ini Aishah bergandingan dengan Johan As’ari. Filem terbitan Nusantara Seni Karya itu bakal ditayangkan di pawagam pada 12 Disember ini.

Menurut Aishah, ketika menjalani penggambaran filem 'Paku', dia tertidur di dalam kubur gara-gara terlalu penat . 

“Saya merasakan berlakon dalam filem ini merupakan satu cabaran untuk saya. Tapi apa yang paling ditakutkan apabila bangkai kambing mati diletakkan di atas badan saya.

“Ada juga babak di dalam kubur. Akibat terlalu penat, menjalani penggambaran untuk babak itu, saya tertidur seketika semasa adegan tersebut berlangsung,” kata Aishah.

               






0 ulasan:

Post a Comment