
Tahniah
diucapkan kepada pasangan pengantin baru ini.
Hanya enam
bulan perkenalan, Aril Af7 kini sah bergelar suami kepada Puteri atau nama
penuhnya Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin,27.
Pasangan
berkenaan selamat diijabkabulkan oleh
Imam Mukim Padang Enggang, Abdul Halim Mat Isa hanya dengan sekali lafaz di
kediaman pengantin perempuan di Kampung Enggang, Pasir Hor, kira-kira pukul
3.20 petang.

Aril atau
nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 28, mula berkenalan dengan Puteri pada 25
Mei lalu dan setelah tiga bulan menjalinkan hubungan, Aril melamar Puteri yang
bertugas sebagai pramugari Saudi Airlines sebagai isterinya.

Lamaran
dibuat Aril ketika mereka bersama-sama di dalam kereta.
Pengantin
lelaki menghadiahkan mas kahwin dan hantaran berbentuk ‘bank draft’ berniali
RM15,000 beserta sembilan dulang. Jumlah
yang sama dibalas oleh pengantin perempuan.
0 ulasan:
Post a Comment