Pages

Sunday, December 8, 2013

Nabila Huda tayang kekasih baru?


        Nabila Huda

Pelakon yang tidak terlepas dari gosip, apatah lagi mengenai hubungan cintanya dengan beberapa rakan artis, Nabila Huda kini kembali dengan gosip "sedang bercinta".

       Nabila Huda

Pernah yang pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Nas T dan dia juga dikaitkan dengan beberapa pelakon lain seperti Johan Ashari dan Syazwan Zulkifli, anak kepada penyanyi rock terkenal Amy Search ini dikatakan senang mencari pengganti dan tidak serik untuk terus mencari cinta.

Sejak akhir-akhir ini beberapa status Nabila yang lebih mesra disapa Abil ini dilihat berbunga-bunga persis sedang dilamun cinta.

Menerusi laman Instagramnya, Abil turut memuat naik sekeping foto dirinya bersama lelaki yang menyuapkan kek sempena hari lahirnya pada 2 Disember lalu.

Menurut sumber terdekat, jejaka itu bernama, Izwan, dan juga pemain bola sepak amatur untuk pasukan fcjmuda yang memakai jersi nombor 10.

Hubungan cinta ini dipercayai mula terjalin enam bulan lalu dan status Abil yang ditulis, 'Happy half year anniversary baby', menguatkan lagi teka-teki ini.

Nabila yang dihubungi Zass, mengaku dirinya sudah penat untuk melayani setiap kontroversi yang datang. 

"Saya tak nak komen apa-apa lagi. Cukuplah saya dah penat. Lagipun sekarang saya nak tumpu pada penggambaran," ujar Nabila yang kini sedang menjalani penggambaran Dia Suamiku.

         

Selain dari itu, Nabila juga turut memberi respons menerusi Twiterr mengenai laporan sebuah blog bahawa kawan rapatnya sudah menjauhkan diri daripadanya lantaran perubahannya itu. 

“Siapa pula kawan baik yang kini menjauhkan diri setelah Nabila berubah? Kawan baik saya hanya @niesakhalil dan masa kecil @farakidal. Saya tidak mempunyai kawan yang kini menjauh itu. Niesa masih bersama saya dan Fara sudah berkahwin.

“Jadi, tolong berhenti bercakap benda salah itu. Kalau boleh tanya saya secara peribadi dan baru tulis. Bukan tulis baru tanya.

“Saya bukannya marah, kamu boleh tanya saya bila-bila masa sebelum menulis kerana ini bukan cara yang betul, biasakan diri untuk bertanya dan tulis,” kata Nabila dalam laman Twitter miliknya.





Sumber: Sinar Harian & Sentiasa Panas

0 ulasan:

Post a Comment