Pages

Saturday, December 21, 2013

Kerat limat mayat ibu

Kejam! Seorang lelaki berusia 40 tahun bertindak membunuh sebelum mengerat mayat ibunya kepada lima bahagian.
Pupun, dalam keterangannya kepada polis mengaku bertindak kejam terhadap ibu kandungnya selepas ‘bermimpi memotong ibunya.’ “Kerana mimpi itu maka saya lakukannya,” kata ketua polis Jawa Barat Brigadier Jeneral Rycko Amelza Dahniel, memetik kata-kata lelaki berkenanan.
Pupun mengerat mayat ibunya dengan membahagikannya kepada lima bahagian - kepala, tangan kanan dan kiri dan kaki kanan dan kiri.
Anggota tubuh mangsa, Anih, 65, ditemui berselerakan di kediamannya di Kampung Pasir Gombong di daerah Cianjur kelmarin.
Menurut Rycko, pihaknya yakin Pupun menghidap sakit mental.
“Dia membunuh dan memotong mayat ibunya Rabu lalu dan memberitahu kepada seorang jiran bahawa dia membunuh ibunya dan mengerat mayat mangsa. “Polis bergegas ke rumah mangsa sebaik menerima laporan itu dan menangkap lelaki tersebut di tempat kejadian,” katanya.





0 ulasan:

Post a Comment