Pages

Friday, December 20, 2013

Nora sanggup putus andai keluarga tak restu


                   
Nora menjelaskan, sedalam manapun cintanya terhadap seseorang, jika tidak mendapat restu daripada keluarga, dia sanggup memutuskan hubungan yang terjalin. Ini kerana dia lebih mementingkan hubungan yang direstui daripada keluarganya sendiri mahupun keluarga pihak Nedim.

“Begitu juga dengan Nedim, walaupun wajahnya nampak seperti ‘bad boy’ tapi sebenarnya, Nedim seorang yang baik dan penyayang. Dia juga sangat mementingkan keluarga dalam segala hal dan sama seperti diri saya.

“Saya juga sudah berjumpa dengan keluarga Nedim sebelum ini. Pada masa sama, saya sangat bersyukur kerana mereka menerima kehadiran saya dengan baik dalam keluarga mereka,” katanya.



0 ulasan:

Post a Comment