Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa, telah pun selamat menimang cucu pertama mereka, pada Khamis lalu.
Berita itu telah dikongsikan oleh besan mereka, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin menerusi laman Twitter beliau.

Bayi tersebut diberi nama Ayden, merupakan hasil perkahwinan anak mereka, Anas Zawawi dan Nasha Alyssa pada Disember tahun lalu.

Tahniah diucapkan kepada mereka sekeluarga!
0 ulasan:
Post a Comment