Video yang bertajuk 'Polis
Tampar Orang Awam' yang dimuat naik dalam laman Youtube sejak beberapa hari
lalu disaksikan lebih kira-kira 2,042 selepas dimuat naik sejak Sabtu lalu.
Video berkenaan berdurasi selama satu minit enam saat.
Bukan sahaja tersebar di Youtube malah ramai pengguna laman sosial berkongsi video berkenaan di laman sosial Facebook dan blog.
Video yang memaparkan seorang anggota polis dari Balai Polis Bayan Baru menahan tiga lelaki warga asing terbabit boleh dianggap keterlaluan apabila anggota polis berkenaan bertindak di luar batasan dengan menampar beberapa kali serta memaki hamun tiga lelaki yang ditahan berkenaan.
Difahamkan, kejadian yang berlaku di hadapan sebuah klinik di kawasan Queensbay itu berpunca apabila dua lelaki daripada tiga lelaki berkenaan cuba melarikan diri apabila diminta berhenti untuk diperiksa.
Menurut sumber, anggota berkenaan yang ketika itu bertugas dalam Operasi Ops Payung di kawasan berkenaan meminta dua lelaki berkenaan berhenti untuk diperiksa namun tidak diendahkan mereka.
Berang dengan tindakan dua lelaki berkenaan, anggota itu bertindak mengejar mereka menggunakan motosikal dan berjaya menahan mereka sebelum berlakunya aksi itu.

Bagaimanapun, siasatan
dijalankan berhubung kes berkenaan seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Polis
negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi dalam satu kenyataan.
0 ulasan:
Post a Comment