Pages

Monday, December 2, 2013

Semua maut, Polis cari teman lelaki mangsa untuk bantu siasatan.

  

                      
                          (Anggota polis menarik mayat Nur Izzati yang dijumpai dalam tali air Kampung Padang Petani.)


“Saya ada tiga anak saja, kini ketiga-tiga mereka sudah pergi meninggalkan saya serentak. Ini dugaan paling hebat yang perlu saya tempuhi.”

Ungkapan yang amat menyakitkan daripada Rusdi Rani, 38, bapa kepada tiga beradik yang ditemui maut dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan dekat sini, semalam dan kelmarin selepas dilaporkan hilang sejak keluar rumah dengan menaiki motosikal petang Jumaat lalu.

Mayat anak sulung Rusdi, Norsyafika Nadia, 14, dijumpai tertiarap dalam keadaan separuh bogel pada jam 3.45 petang, kelmarin di kawasan sawah padi berhampiran Alor Senibong oleh orang awam.

Setelah penemuan mayat anak sulungnya, Rusdi bagaimanapun tetap berdoa dan berharap dua lagi anaknya yang ketika itu gagal dikesan berada dalam keadaan selamat bagaimanapun dia menerima berita duka apabila polis petang semalam memaklumkan penemuan dua beradik itu.

Mayat anak kedua, Nur Izzati Husna, 12, dan anak bongsu, Puteri Nurul Akma, 3, ditemui di tali air Padang Petani, Langgar,  kira-kira jam 4 petang, semalam, juga oleh orang awam dalam jarak hampir 100 meter antara satu sama lain dan lengkap berpakaian.

Polis Kedah kini sedang mencari teman lelaki kepada salah seorang daripada tiga beradik tersebut, untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata teman lelaki mangsa, Norsyafika Nadia Rosdi, 14, dipercayai berada di Perlis dan polis akan menjejaki lelaki berkenaan bagi membantu siasatan menyelesaikan kes berkenaan.

"Setakat ini kita sedang mendapatkan maklumat mengenai teman lelaki mangsa," katanya pada sidang media, di sini.

Beliau berkata, sehingga kini polis belum membuat sebarang tangkapan, namun sudah berjaya mengumpul saksi bagi membantu siasatan.

Katanya, polis juga sedang mencari dan mengumpul beberapa bukti lain bagi mengaitkannya dengan kes pembunuhan itu.

Pada masa sama, katanya proses bedah siasat terhadap dua lagi mangsa Nurul Izati Rusdi, 12, dan Puteri Nurul Akma Rusdi, 3, sudah dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada jam 9 pagi tadi.

"Kita akan mendapat tahu keadaan sebenar mayat selepas bedah siasat selesai dan kita akan maklumkan kelak," katanya.

Beliau berkata, orang awam yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan.

Sumber Berita: Metro, Berita Harian.

0 ulasan:

Post a Comment