Pages

Monday, December 23, 2013

Pekin sudah tetap tarikh nikah


               

Pemilik nama Pekin Ibrahim, 32, menganggap rezeki yang datang bagaikan mencurah-curah. Dia sangat bersyukur walaupun timbul kontroversi yang hampir meruntuhkan hubungannya bersama tunang iaitu Uqasha Senrose, 21, (terdahulu dikaitkan dengan Sharnaaz Ahmad) namun rezeki sentiasa dimurahkan Allah SWT.

Menurut Pekin, disebabkan kontroversi itu juga hubungan mereka semakin bertambah erat, malah bakal mempercepatkan penyatuan di antara mereka berdua.

 “Saya bersyukur kerana sejak akhir-akhir ini, tidak putus-putus tawaran berlakon, mungkin disebabkan rezeki saya yang bakal berkahwin.

“Sekarang ni saya baru saja selesai menjalani penggambaran filem seram berjudul Villa Nabila, arahan Syafiq Yusof.” Katanya yang juga menunggu tayangan filem lakonannya melalui Apokalips, Tujuh dan Rentas yang bakal ditayangkan tahun hadapan.

Pekin yang sebelum ini berteka-teki dengan tarikh perkahwinannya, akhirnya mengaku tidak mahu menunggu lama untuk melamar wanita yang berjaya menambat hatinya itu sebagai suri hidupnya.

Pekin bagaimanapun dikatakan sudah menetapkan tarikh perkahwinan mereka namun pihak keluarga tidak mahu tarikh tersebut didedahkan kepada umum atas alasan tersendiri.

“InshaALLAH, kami akan berkahwin tahun depan. Tapi keluarga saya masih tidak benarkan saya mengumumkan tarikh perkahwinan kami” katanya yang mengikat pertunangan dengan Uqasha pada 6 Julai lalu.












0 ulasan:

Post a Comment