Pages

Monday, December 2, 2013

Tarif elektrik naik tahun depan


          
                                                        (Maximus Ongkili)

Kadar elektrik di Malaysia akan meningkat sebanyak 14.98% atau 4.99 sen kepada 38.53 sen kWj, berkuat kuasa 1 Januari 2014.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili ketika di Parlimen berkata tarif di Semenanjung Malaysia akan meningkat sebanyak 4.99 sen per kilowatt jam, dan dengan 5 sen di Sabah dan Labuan.

Tarif elektrik semasa ialah 33.54 sen. Bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan kadar purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 5 sen KWJ atau peningkatan 16.9 peratus daripada kadar semasa iaitu 29.52 sen KWJ kepada 34.52 sen KWJ, berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Bagaimanapun 70.67 peratus atau 4.56 juta daripada keseluruhan 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 62 peratus atau 260,000 daripada 418,000 pengguna domestik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, yang menggunakan elektrik pada kadar 300 KWJ dan ke bawah, tidak terlibat dengan semakan itu.

Beliau ketika mengumumkan semakan itu di Parlimen berkata kerajaan akan terus membantu dengan memberikan rebat kepada pengguna yang bil elektriknya berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember 2014.

Tambahnya lagi, ekoran pelaksanaan tarif baharu ini, kerajaan masih perlu menanggung RM14 bilion subsidi setahun melalui pelepasan hasil perolehan gas asli ke atas semua pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia, termasuk RM2.4 bilion setahun untuk pengguna domestik kurang daripada 300 KWJ sebulan.

Beliau berkata inisiatif pengurangan subsidi secara beransur-ansur bukan sahaja kepada tenaga elektrik tetapi lain-lain bentuk tenaga juga.



0 ulasan:

Post a Comment