Pages

Saturday, December 21, 2013

Menteri jangan jadi 'Mr Arrogant' -Anwar


           

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar menteri Kabinet supaya tidak bersikap sombong dengan kuasa yang ada pada mereka.

Menurut Anwar, sejak kebelakangan ini menteri Kabinet seolah-olah menunjukkan kesombongan dengan kuasa yang ada pada mereka dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan yang merendahkan intelektual rakyat.

"Menteri jangan ada sikap "arrogant of the power" .

"Setiap kenyataan yang dikeluarkan jangan merendahkan daya intelek rakyat, terbaru kenyataan Datuk Seri Wahid yang mengatakan bahawa sekiranya rakyat tidak mahu membayar tol jangan guna lebuh raya sebaliknya guna jalan biasa adalah sangat tidak wajar.

"Jangan sombong dengan kuasa yang ada pada kamu, jangan hina rakyat, sebab kami juga ada perasaan," katanya  ketika majlis pelancaran kempen Faham GST - Tolak GST di Kelab Sulaiman, di sini, malam tadi.

Menyentuh hal yang sama, Anwar menegaskan pihak kerajaan boleh menyekat kenaikan tol dengan menyemak semula perjanjian dengan syarikat konsesi.




0 ulasan:

Post a Comment