Pages

Friday, January 17, 2014

Tak mandi 60 tahun


          
              Tak mandi 60 tahun

Seorang lelaki warga Iran dipercayai tidak pernah mandi sejak 60 tahun lalu kerana percaya ‘kebersihan itu sebagai punca penyakit’.

Haji, 80, dari Dejgah, berang jika beliau terkena air.

Keadaan itu menyebabkan kulitnya menyamai warna tanah dan berkerak.

Penduduk berkata, Haji lebih suka memakan daging landak busuk dan meminum 5 liter air sehari dari air takungan bekas karat.

“Dia mengisi rokok dengan najis haiwan,” katanya.

Menurutnya lagi, Haji tinggal di ‘rumah’ dalam lubang tanah seperti kubur.

"Haji mengalami tekanan emosi hingga membuatkan dia memilih cara kehidupan seperti itu,” katanya yang dipetik  TNews









Tuesday, January 7, 2014

Johan Raja Lawak menang saman RM1 Juta


                      

Johan Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz dan isterinya hari ini menang dalam kes saman terhadap pengarah dan syarikat penerbitan drama dan filem berhubung kecederaan yang dialami pelawak itu dalam penggambaran di sekitar Negeri Sembilan.
    
Hakim Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan membenarkan tuntutan saman Johan dan isterinya, Rozlinawaty Ismail dengan kos ditanggung oleh Mohd Javed Mohd Nizar dan syarikat penerbitan, Juara Filem Production Sdn Bhd selaku defendan.
    
Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 23 Januari ini untuk menentukan jumlah ganti rugi dan kos yang akan diperoleh pasangan itu.
    
Mahkamah juga menolak tuntutan balas RM2 juta yang difailkan Mohd Javed, 37, dan syarikat penerbitan tersebut.
    
Pada 18 Julai 2010, Johan, 29, dan isterinya yang lebih dikenali sebagai Ozlynn Wati, 32, selaku plaintif memfailkan saman RM1 juta terhadap kedua-dua defendan dengan mendakwa Mohd Javed telah mengasari dan membaling gelas kaca sehingga menyebabkan Johan mengalami kecederaan di dahi kirinya ketika mereka berjumpa di sebuah restoran di Sikamat, Seremban pada pada 11 Mei 2010.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Johan mendakwa Mohd Javed juga bertindak menterbalikkan meja di hadapannya dan isteri di mana Johan turut mengalami kecederaan pada bahagian bawah mata kanan akibat ditumbuk seorang krew penggambaran yang dikenali sebagai 'Halim'.
    
Johan, juga pelakon dan pengacara mendakwa Mohd Javed dan Halim kemudiannya terus memukul dan menyepaknya dan perbuatan mereka telah dihalang Ozlynn yang menyebabkan isterinya itu turut dipukul.
    
Beliau juga mendakwa pengarah itu telah menulis dan menyiarkan e-mel berunsur fitnah terhadap mereka berhubung masalah yang ditimbulkan hingga mengganggu set penggambaran dan e-mel itu dihantar kepada Persatuan Seniman Malaysia pada 20 Mei 2010.
    
Pelawak itu mendakwa kata-kata yang disiarkan dalam email itu membawa maksud bahawa beliau tidak sesuai diambil bekerja sebagai pelakon kerana selalu lambat, tidak bekerjasama dan sering menimbulkan masalah kepada mana-mana pengarah hingga menyebabkan beliau dan isterinya diberhentikan sebagai pelakon dalam drama arahan pengarah itu.
    
Johan mendakwa, sehari sebelum kejadian itu (10 Mei 2010), beliau kehilangan ibu tersayang, Salwa Md Dani yang meninggal dunia akibat ketumbuhan otak dan selepas urusan pengebumian ibunya selesai di Ampang, Selangor, beliau dan isteri memutuskan untuk pergi ke lokasi penggambaran di sekitar Sikamat dan mereka tiba di lokasi penggambaran itu pada jam 4 petang, keesokannya.
    
Sehubungan dengan itu, kedua-dua plaintif menuntut ganti rugi am sebanyak RM1 juta, ganti rugi khas untuk perbelanjaan dan kos rawatan serta ganti rugi teruk.  
    
Mereka juga memohon kenyataan maaf dikeluarkan secara terbuka oleh kedua-dua defendan menerusi akhbar dan televisyen tempatan, penarikan balik kesemua surat atau e-mel berbentuk fitnah yang dikeluarkan kepada kesemua persatuan industri, faedah dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
    
Pasangan itu diwakili peguam Suhaimi Saad dan Zahrin Ishak manakala kedua-dua defendan diwakili peguam Baljit Singh.







c/p: Sinar Harian

Aishwarya Rai tidak mahu memanjakan anak dengan barangan kosmetik


           

Sebagai ibu bapa, kita mahu mendidik anak dengan baik. Ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk mendidik dan membesarkan anak mereka. Tidak terkecuali dengan bintang terkenal Bollywood, Aishwarya Rai.

Biarpun lebih 10 tahun menjadi duta L'Oreal, Aishwarya atau mesra di sapa dengan panggil Aish tidak merancang untuk memperkenalkan dan memanjakan anak perempuannya, Aaradhya dengan barangan kosmetik.

"Ya, memang saya duta produk kecantikan dan itu tidak bermakna saya akan mendedahkan Aaradhya dengan barangan kosmetik dari kecil," jelasnya.

Selain itu, Aish berkata sehingga kini, dia tidak mempercayai sesiapa untuk mengasuh anaknya melainkan suaminya, Abhishek Bachchan.






Monday, January 6, 2014

Anggota polis maut terjerut: Gurauan makan nyawa



Seorang anggota polis meninggal dunia apabila tergelincir menyebabkan tali yang digantung pada jeriji tingkap menjerut lehernya. Difahamkan arwah pada ketika itu sedang bergurau dan bermain bersama dua anaknya yang berusia 10 dan 14 tahun. Kejadian berlaku di kuarters Polis Diraja Malaysia Seri Alam.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa, Koperal Mohammad Hamid @ Anthony Abdullah, 45, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam ditemui terbaring dan disahkan maut di tempat kejadian.

Difahamkan sebelum kejadian, arwah ada bergurau dengan berkata akan tergelincir dan terjatuh ke lantai mengakibatkan dia terjerut.

Kejadian berlaku sejurus selepas itu dan kedua-dua anaknya cuba menyelamatkan arwah dengan keluar untuk mendapatkan pertolongan.

Malangnya, apabila anggota lain yang juga jiran-jirannya tiba di tempat kejadian, arwah sudah tidak bernyawa dan terbaring di atas lantai.

Pada masa sama, siasatan turut menemui seutas tali nylon berhampiran mayat arwah

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun siasatan lanjut masih diteruskan.










Sunday, January 5, 2014

Mariah Carey dibayar RM4.9juta oleh Anak Sultan Brunei?

           
                     

Anak Sultan Brunei, Putera Azim dilaporkan membayar sekitar RM4.9juta kepada penyanyi Amerika Syarikat, Mariah Carey bagi meraikan majlis sambutan hari jadinya pada malam tahun baru, Jumaat lalu..

Memetik laporan Daily Mail, Carey dijemput oleh Putera Azim itu ke parti hari jadi peribadinya di hotel lima bintang di Dorchester.

Dalam pada itu, wakil Carey berkata, penyanyi itu telah mempersembahkan nyanyiannya kepada Putera Azim, namun tidak mengesahkan berapa bayaran yang diterima penyanyi berkenaan.

"Ini adalah parti 'private' jadi kami tidak membincangkan yurannya. Carey telah lama kenal dengan Putera Azim sejak beberapa tahun lalu.

"Mereka adalah kawan dan banyak melakukan kerja amal bersama," katanya dipetik Daily Mail.








Wednesday, January 1, 2014

Najwa Latif mendapat kritikan hebat daripada peminat dan peserta himpunan 'Turun'


                        

Nama penyanyi muda negara, Najwa Latif atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif sudah tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air negara.

Popular menerusi lagu ‘Cinta Muka Buku’, Najwa dikaitkan berhubung penyebaran mesej bergambar yang menyerupai akaun Twitter miliknya, semalam.

Mesej bergambar itu seolah-olah mendakwa peserta himpunan Turun di Dataran Merdeka semalam melakukan keganasan dan gangguan seksual.

Gambar berkenaan mendapat kritikan hebat daripada peminat dan peserta himpunan terbabit yang kesal dengan tuduhan liar tersebut malah ia turut mengaitkan seorang isteri pemimpin tertinggi negara.

Najwa mendakwa kenyataan yang dimuat naik dengan menggunakan laman mikro, Twitter menyerupai akaunnya itu dipercayai direka oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan menjatuhkan reputasinya sebagai seorang artis yang berhijab.

“Itu tidak benar, saya tidak ada ‘tweet’ sebegitu, dan saya boleh katakan ia palsu. Setakat ini benda itu tiada dalam Twitter saya sendiri, jadi, saya rasa itu adalah palsu, ada orang lain edit, mungkin menggunakan perisian grafik komputer.

Najwa turut menafikan terlibat dengan sebarang aktiviti selepas selesai membuat persembahan di Konsert KL New Year Countdown 2014’ anjuran Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL).

Biarpun perkara tersebut telah menjejaskan reputasinya, namun Najwa tidak berhasrat untuk membuat laporan polis dan sudah memaafkan pelaku tersebut.

“Setakat ini tiada laporan polis dibuat kerana saya sebelum ini pernah kena, apa pun berlaku saya maafkan.

“Apa pun Tuhan tahu, dan apa yang berlaku semalam, pengurus saya, kakak saya tahu. Tak perlu nak buat fitnah kerana ia boleh menjatuhkan imej orang lain juga. Jadi, berhentilah daripada buat perkara sebegitu,” katanya.






Berita penuh : Sinar Harian Online


Vokalis FT Island, Lee Hong Ki terlibat kemalangan

            
                   
Vokalis kumpulan FT Island, Lee Hong Ki ditimpa kemalangan pada 16 Disember lalu ketika memandu di atas jalan raya yang licin akibat diselaputi ais.
Akibatnya, penyanyi yang digilai ramai itu cedera di bahu dan mengalami luka di wajah manakala rakannya yang turut turut mengalami kecederaan.
Susulan kemalangan itu, ramai peminat meluahkan rasa bimbang kerana Hong Ki juga terpaksa melepaskan beberapa tawaran acara persembahan termasuk program fesyen, Fashion Killa.
Minggu lalu, Hong Ki sempat merakamkan pesanan ringkas buat peminat-peminatnya serta meyakinkan mereka, dia berada dalam keadaan sihat dan dalam proses pemulihan.
“Anda risau pasal saya. Saya minta maaf dan berterima kasih. Pembedahan berakhir dengan baik dan saya sedang pulih. Mereka yang menantikan Konsert Kingdom, saya minta maaf.
                               
“Saya akan gantikan semuanya dengan muzik saya. Dan juga Konsert Jelajah Asia yang dijadualkan berlangsung pada Februari 2014 akan diteruskan seperti biasa,” katanya penuh semangat.