Pages

Tuesday, December 3, 2013

Wanita melemaskan anak berusia 15 bulan kerana menganggu hubungan cintanya


Paris: Seorang wanita menghadapi hukuman penjara selepas mengaku melemaskan anaknya yang baru berusia 15 bulan di Selat Inggeris hanya kerana budak itu mengganggu hubungan cintanya.

Kekejaman Fabienne Kabou itu dapat disaksikan hasil rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian yang menunjukkan wanita dari Senegal itu menolak anak perempuannya Adelaide ke pesisiran pantai di Berck sur Mer,  pada 19 November lalu.

Mayat Adelaide ditemui nelayan dalam keadaan masih diikat pada kereta sorongnya.

Dengan menggunakan data DNA yang ditemui pada kereta sorong itu, polis menahan Fabienne, 36, di sebuah rumah yang dikongsi dengan kekasihnya berusia 63 tahun di Paris 10 hari kemudian.

Sebelum kejadian, Fabienne mendakwa Adelaide sudah diserahkan kepada neneknya di Senegal.

Kekasih Adelaide yang juga merupakan bapa kepada mangsa bagaimanapun  berkata bahawaFabienne merupakan seorang ibu yang baik, malah jiran ditemui juga terkejut dengan kejadian itu.

Kejadian itu menimbulkan kemarahan ratusan orang yang berhimpun di luar mahkamah serta pesisiran pantai dengan membawa atau memakai barangan berwarna putih iaitu cara warga Perancis memprotes dalam kes membabitkan keganasan terhadap kanak-kanak.










0 ulasan:

Post a Comment