Pages

Sunday, December 22, 2013

Saya masih dan tetap menyayangi Shila selamanya. -Johan


          

Umum sudah mengetahui tentang hubungan renggang Johan dan Shila, apabila Johan membuat pengakuan untuk melamar Lana Nordin. Keakraban yang mula dibina mereka akhirnya runtuh di tengah jalan.

Malah, Shila pernah membuat kenyataan bahawa dia tidak akan menerima Johan dan hubungan mereka tidak akan sama seperti dulu lagi.

Bagaimanapun, berbeza pula dengan pendirian pelakon Juvana ini. Menyedari Shila menukar nombor telefon dan menyekat laman sosialnya, Johan berkata, hatinya tetap terbuka untuk Shila dan menyifatkan hubungan mereka tetap seperti biasa.

“Saya masih menganggapnya sebagai teman saya. Sekiranya Shila mahu meminta sokongan daripada saya, saya tetap akan menyokongnya, dan berkawan semula dengannya seperti biasa.

“Kerana hubungan yang terbina adalah berteraskan perasaan kasih sayang yang lahir antara makhluk. Jika dia mahu, dia boleh menghubungi saya bila-bila masa saja. Saya tetap menerimanya dan menganggap sebahagian daripada saya,” katanya.

Menurut Johan, dia tidak rasa hubungan persahabatan yang dibina bersama Shila akan terputus begitu sahaja, memandangkan hubungan kekeluargaan mereka sangat rapat.

“Hubungan keluarga antara kami sangat rapat. Malah, Shila tetap menghubungi ibu saya, dan saya percaya hubungan mereka akan kekal baik selamanya,” 

Apa pun, saya tetap akan bersahabat dengan Shila selamanya.
Hubungan ini tidak akan putus. Saya masih dan tetap menyayangi Shila selamanya.

“Sebagai seorang sahabat, seperti yang selalu saya katakan, saya akan tetap mendoakan kebahagiaannya sampai bila-bila. Dan berharap dia berjaya dan gembira,” katanya yang menganggap penyanyi itu sebagai adiknya sejak awal perkenalan lagi.











0 ulasan:

Post a Comment