Pages

Tuesday, December 3, 2013

Hubungan Qi, Nelydia tegang gara-gara Sharnaaz?


   
         

Sejak akhir-akhir ini, nama Sharnaaz sering menjadi perhatian ramai, bukan sahaja media massa sahaja bahkan secara umumnya.

Setelah putus cinta dengan penyanyi Shila Amzah, nama Sharnaaz kembali menjadi perhatian apabila dikatakan menjalin hubungan cinta dengan pelakon Singapura, Elfaeza Ul Haq, namun Sharnaaz bagaimanapun menafikan bahawa dia telah menemui pengganti Shila.

Setelah itu, Sharnaaz kembali mengejutkan ramai pihak apabila dikatakan bertumbuk dengan seorang pengguna jalan raya dan Sharnaaz enggan memberi komen mengenai perkara itu.

Belumpun reda dengan kes tersebut, nama Sharnaaz kembali menjadi sebutan apabila dikatakan menjadi orang ketiga dalam perhubungan Uqasha Senrose dan Pekin. Namun perkara itu dapat diselesaikan apabila Pekin hanya salah faham dengan hubungan rapat Sharnaaz dengan kekasihnya.

Setelah itu, nama Sharnaaz kembali terpalit dengan Shila apabila Sharnaaz meluahkan kecewa dengan hubungan rapat Shila dan Johan As'ari, tetapi dia dikatakan redha dengan berita tersebut.
Sharnaaz akhirnya membuat keputusan mahu bersara daripada industri seni, namun ditentang hebat oleh peminatnya.

Terkini, nama Sharnaaz sekali lagi menjadi perhatian apabila dikatakan menjadi punca hubungan pasangan Qi Razali, 35 dan Nelydia Senrose, 19, tegang.

Semuanya gara-gara gambar bersama kapsyen, “Tak payah pening-pening, dah depan mata” . Kenyataan Sharnaaz ini menunjukkan seolah-olah dia dan Nelydia ada hubungan istimewa.

Qi juga pada pagi semalam mengemas kini laman Twitternya dengan status : ‘Celik- celik dah depan mata. Tak payah pening-pening dah. Good luck to both of you’ dan ‘Menerima hakikatnya, Redha’, sebelum dia memadam sebahagian daripada status yang dikongsikan.

Sharnaaz bagaimanapun terkejut dengan kejadian terbabit, menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa dengan Nelydia.

"Status itu di buat hanya untuk mempromosikan drama terbaru lakonan saya dan Nely (Nelydia) iaitu Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan kami masih menjalani penggambaran.

"Kapsyen tersebut adalah sebahagian dialog dalam drama tersebut. Saya tiada niat apa-apa dan hanya mahu mempromosikan drama itu sahaja," ujarnya dalam nada kesal kepada Zass.

Sharnaaz bagaimanapun dikatakan telah meminta maaf kepada Qi, bagaimanapun tidak bersemuka dan hanya melalui Nelydia kerana dia menjelaskan bahawa dia tidak rapat dengan Qi. Sharnaaz menggangap ianya cuma salah faham dan tidak menyangka perkara tersebut menimbulkan ketegangan antara pasangan kekasih terbabit.






0 ulasan:

Post a Comment