Pages

Wednesday, July 23, 2014

Remaja maut tersepit lif


Seorang remaja perempuan maut selepas lif pemunggah barang menghempap bahagian kepalanya dalam kejadian di sebuah kedai 7.20 malam kelmarin di Gerik, Perak.

                 Remaja maut tersepit lif

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharom berkata, mangsa Noor Syarmila Abu (gambar), 18, meninggal dunia di tempat kejadiaan akibat pendarahan teruk di kepala.

Katanya, tiada unsur jenayah ditemui berhampiran kawasan kejadian tetapi siasatan lanjut masih dijalankan.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Gerik, Meor Mohd Meor Tahir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.43 malam dan bergegas ke tempat kejadian. Pihaknya menggunakan alat menyelamat khas untuk mengeluarkan mangsa dan operasi berakhir pada jam 10:30 malam.

Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan menjenguk ke bawah lif yang dinaikinya seorang diri di tingkat satu setinggi kira-kira 4.5 meter dan pada masa yang sama kemungkinan dia tertekan butang turun menyebabkan tengkuknya tersepit.

Mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Bersia Lama semalam selepas bedah siasat di Hospital Gerik.








Kredit: BH

Tuesday, July 22, 2014

Kiki didenda RM5,000, buat kerja komuniti 240 jam.


             Kiki didenda RM5,000, buat kerja komuniti 240 jam

Pengarah Eksekutif Rangkaian Kerja Kahwin, Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, atau mesra dipanggil Kiki, 30, dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan perlu melakukan kerja komuniti selama 240 jam oleh Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini.

             CDM25 - Fairrah Asyikin (Kiki) - Peugeot 208

Hukuman itu telah diputuskan oleh Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin selepas tertuduh mengaku salah diatas pertuduhan kerana melakukan kerosakan terhadap kereta jenis Toyota milik seorang lelaki warga emas, Sim Siak Hong, 61, pada 14 Julai lalu.