Pages

Sunday, December 1, 2013

Ayah meninggal, Misha tangguh nikah lagi.



Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, kehilangan adalah sesuatu yang amat menyakitkan apatah lagi orang itu penting dalam hidup kita.

Pemergian ayah yang disayangi  membuatkan penyanyi dan pelakon, Misha Omar,  31, sekali lagi terpaksa menunda tarikh perkahwinannya. 

Misha yang sebelum ini pernah menangguhkan perkahwinannya bersama tunang, Firos, pada September tahun lalu akibat kesibukan masing-masing dan kini terpaksa menundanya sekali lagi setelah merancang untuk berkahwin pada Februari tahun hadapan.

Bapa Misha, Omar Ismail, 75, meninggal dunia akibat penyakit jantung dan kegagalan organ utama berfungsi pada jam 5.30 pagi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

Jenazah Omar dikebumikan di Tanah Perkuburan Pantai Irama, Bachok berhampiran pusara arwah ibunya.






Nota: Ucapan takziah buat Misha Sekeluarga.


0 ulasan:

Post a Comment