Pages

Wednesday, December 18, 2013

Linda Onn bakal kahwin kerabat diraja

           
               
Penyampai radio popular Suria FM, Linda atau nama sebenarnya Rozlindah Onn, 36, mengesahkan bakal berkahwin dengan seorang lelaki berstatus kerabat diraja pada 27 Disember ini seperti yang dilaporkan. 
Linda bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci mengenai majlis itu buat masa ini. 
Hari ini, media melaporkan pengacara dan penyampai radio Suria FM itu dipercayai bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang lelaki berstatus kerabat diraja pada 27 Disember ini. 
Linda juga dipercayai sudah memohon cuti bekerja daripada Suria FM bermula 26 Disember hingga 6 Januari depan, sekaligus mengukuhkan desas-desus berkenaan. Menurut sumber, pasangan terbabit juga sudah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama di Johor Bahru dekat sini.






0 ulasan:

Post a Comment