Pages

Tuesday, December 3, 2013

FC Ryukyu berminat untuk mengambil lebih ramai pemain Malaysia


                                   
                                                   Norihiro Satsukawa

Terbaru, kelab divisyen tiga Liga Jepun, FC Ryukyu dikatakan berminat untuk mengambil lebih ramai pemain Malaysia.

Ketua jurulatihnya, Norihiro Satsukawa berkata sekiranya terdapat pemain Malaysia yang berpotensi, pihaknya akan memberitahu pihak pengurusan mereka.

Sebelum ini kelab divisyen tiga tersebut telah mengambil dua pemain Malaysia iaitu Wan Zack Haikal Wan Nor dan Nazirul Naim Che Hashim yang direkrut awal tahun ini bersama mereka.

Satsukawa berkata beliau gembira melihat perkembangan baik Wan Zack Haikal yang sedang menjalani rawatan kecederaan lutut manakala Nazirul Naim pula perlu diberi lebih masa untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan mereka.

Pasukan Ryukyu akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Harimau Muda A di Stadium MBPJ esok.


          


           


           







0 ulasan:

Post a Comment