Pages

Wednesday, December 11, 2013

Terkini: Erma Fatima membayar wang tuntutan Rebecca menggunakan wang RM1 pula!

                 
              


Mungkin ini drama terakhir mengenai bayaran saman pengarah drama Dejavu Di Kinabalu, Erma Fatima dan pelakon  Rabecca Nur  Al-Islam. 

Terkini, Erma dikatakan telah menggunakan wang berbentuk RM1 pula untuk membayar wang tuntutan  Rebecca.

Sebelum ini Erma membayar Rebecca wang sejumlah  RM11, 200 menggunakan wang syiling 5 sen dan senaskah Al-Quran.

Rebecca yang tidak berpuas hati dengan bayaran mengunakan syiling 5 sen telah memulangkan kembali duit tersebut.

Namun Erma nampaknya tidak mahu mengalah dalam isu ini membayar kembali kepada Becca dengan menggunakan wang RM1 pula.

Rebecca menerusi Instagram miliknya bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Erma dengan berkata "... tidak mengapa jika cara itu boleh memuaskan si hati insan bernama Fatimah Rahmad. Terima kasih yang tak terhingga kepada Puan Fatimah Rahmad, ALLAH SWT sahaja yang dapat membalas kebaikan mahupun keburukan," tulis Becca di laman sosial miliknya.  

Saman tersebut  adalah kerana kegagalan pihak produksi melunaskan baki bayaran untuk drama Dejavu Di Kinabalu yang dibintangi Rebecca.

Kes itu yang dibawa ke mahkamah kemudiannya memihak kepada Rebecca dan Erma diarah untuk membayar baki berjumlah RM11, 200.










0 ulasan:

Post a Comment