Pages

Wednesday, December 4, 2013

UNTUK PERINGATAN BERSAMA: Jangan hentikan kenderaan anda jika di tahan keluarga ini



     Jangan Hentikan Kenderaan Anda Jika di Tahan Keluarga Ini

Jangan Hentikan Kenderaan Anda Jika di Tahan Keluarga Ini | Orang ramai dinasihatkan jangan memberhentikan kenderaan jika terlihat pasangan di bawah menahan kenderaan anda kononnya untuk meminta bantuan.

Ini kerana, lelaki dalam gambar tersebut dilaporkan mempunyai kecenderungan untuk melakukan kekerasan jika anda tidak memberikan wang yang diminta atau banyak soal kepadanya.

Pasangan ini dipercayai sudah berbulan-bulan aktif mengaut untung menggunakan modus operandi sama iaitu melambai meminta pertolongan kepada kenderaan yang lalu di tepi jalan sekitar Selangor dan Lembah Klang.

Pasangan ini pernah dilihat di kawasan sekitar Ara Damansara, Palm Sring, Bandar Utama, Mutiara Damansara, Sunway Damansara dan  Citta Mall.

Terdapat beberapa kes melaporkan, lelaki dalam gambar ini dikatakan naik angin dan bertindak kasar apabila tindakannya meminta bantuan disoal.

Malah dilaporkan, individu yang mengambil gambar pasangan tersebut turut mendakwa lelaki tersebut telah mengejarnya dengan motosikal dan memecahkan cermin keretanya kerana marah sebaik menyedari gambarnya dirakam.

Orang ramai yang terlihat mereka disarankan menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.


Kredit: Kezoom.blogspot.com






0 ulasan:

Post a Comment