Pages

Friday, December 20, 2013

Kerajaan cari jalan tak bebankan rakyat- Najib


       
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan sentiasa memikirkan jalan untuk melindungi rakyat daripada kesan kenaikan perkhidmatan yang bakal dilaksanakan.
Kenaikan tarif elektrik dan beberapa lagi yang kerap diperkatakan sekarang sukar dielakkan kerana ia memberi implikasi buruk kepada ekonomi jika tidak dilaksanakan. 
"Bagaimanapun kita sentiasa memikirkan timbal balas untuk melindungi rakyat. Umpamanya mengenai kenaikan tol, ia masih belum dimuktamadkan lagi namun kita umumkan lebih awal untuk mendapat maklum balas rakyat. 
"Kita akan cuba cari jalan supaya ia tidak membebankan rakyat seperti memperkenalkan kadar yang rendah pada waktu tertentu," katanya pada majlis penyerahan bantuan mangsa banjir peringkat nasional di Temerloh, Pahang.




0 ulasan:

Post a Comment