Pages

Friday, December 20, 2013

Izzue Islam paling dicari dalam Google

          
            
Izzue atau nama sebenar Muhammad Izzul Islam Mazlan, 23, mengungguli senarai Top 10 bagi kategori Trending Malaysian Celebrities dalam carian Google tahun ini.
“Alhamdulillah. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ejen carian Google yang mengangkat nama saya sebagai salah satu nama yang kerap dicari,” kata pelakon dan penyanyi Izzue Islam berikutan pengiktirafannya sebagai selebriti tanah air paling popular dalam carian Google Zeitgiest 2013.
Izzue berkata, pengiktirafan itu adalah satu penghargaan atas kerja keras dan usahanya menempatkan diri sebagai anak seni tempatan yang disenangi ramai.
“Saya rasa sangat bersyukur. Karier seni yang dibina hampir lima tahun lalu mula membuka mata banyak pihak. Ia juga membuka ruang dalam membina kerjaya dan rezeki untuk saya.
“Apapun saya amat menghargainya dan sekali terima kasih kepada semua kerana sering mencari maklumat mengenai saya,” katanya




0 ulasan:

Post a Comment