Pages

Tuesday, December 3, 2013

Wanita terima 80 jahitan ditoreh suami


               Foto
                                (Nor Hafazalina)

"Hanya Allah mengetahui kesakitan yang saya alami ketika suami mengelar pipi, dahi, bibir dan tangan saya dengan pisau lipat,” kata Nor Hafazalina Mohd, 30, yang menerima 80 jahitan akibat tindakan kejam suaminya itu.

Nor Hafazalina berkata, kejadian berlaku jam 5 petang Jumaat lalu di rumah mereka di Ampangan, Seremban, selepas dia minta diceraikan kerana tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang tidak bertanggungjawab dan kerap keluar masuk penjara.

Suaminya yang berusia 30-an bertindak "gila" seakan naik hantu sanggup mengelar muka dan tangannya lebih 18 kali biarpun dia meraung kesakitan dan merayu agar dikasihani.

Nor Hafazalina menceritakan bagaimana dia merayu supaya suaminya itu  menghentikan perbuatan tersebut, namun lelaki terbabit bagaikan naik hantu apabila tangan kanan menoreh muka manakala tangan kirinya menarik rambut Nor Hafazalina, ibu kepada dua anak lelaki.

Menurutnya lagi, dia meminta cerai daripada suaminya yang dikahwini hampir 10 tahun lalu selepas berasa seperti digantung tidak bertali dan terpaksa menumpang di rumah ibunya di Ampangan.
   






0 ulasan:

Post a Comment