Pages

Monday, December 16, 2013

Bapa cepuk kepala anak di lokasi sekatan jalan.


     
      
                          Gambar Hiasan

Lokasi: Bandaraya Melaka.

Seorang bapa yang berang dengan tindakan anak lelakinya menunggang motosikal tanpa lesen bertindak mencepuk kepala remaja berusia 17 tahun terbabit di lokasi sekatan jalan raya.

Sebelum kejadian, bapa kepada remaja tersebut telah berpesan supaya anaknya itu tidak keluar dari rumah.

Lebih teruk lagi, remaja tersebut dikatakan keluar melencong ke kawasan berhampiran tapak Eye On Malaysia.

Malah, ibunya yang berusia penghujung 30an berkata, anaknya keluar rumah kira-kira 11 malam menggunakan motosikal jenis Honda EX5 milik bapanya ke rumah adik ipar di kawasan sama tempat tinggal mereka dan memintanya pulang sebelum 12 tengah malam.

“Motosikal ini baru dibeli ayahnya seminggu lalu dan sejak itu, dia meminta izin ayahnya untuk menggunakannya, tapi  dilarang kerana dia tidak ada lesen memandu.

"Tapi tadi (malam kelmarin) dia bagitahu nak keluar sekejap pergi ke rumah makciknya. Sampai 12 (tengah) malam dia tidak pulang. Bila saya telefon, dia kata dah kena tahan polis," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, malam kelmarin.

Menurut suri rumah itu, dia datang bersama suami yang membawa geran motosikal terbabit serta  terpaksa berjalan kaki sejauh kira-kira lebih 200 meter untuk mencari lokasi anaknya ditahan kira-kira 2.15 pagi.






0 ulasan:

Post a Comment