Pages

Tuesday, December 24, 2013

Makan kotak untuk hidup


Akibat pergolakan yang melanda Syria, kanak-kanak dan jemaja jelas menjadi mangsa kerakusan manusia merebut kuasa yang memaksa penduduknya melakukan apa sahaja untuk menyambung nyawa.

Jelas, ekonomi negara itu lumpuh dan bekalan makanan amat sukar diperolehi.

Dalam sebuah paparan video di laman YouTube ini, seorang remaja  dijumpai sedang duduk di tepi jalan sambil memegang kertas kotak.

Bila diselidiki rupanya remaja tersebut kebuluran akibat tiada makanan dan terpaksa makan kotak serta kertas untuk meneruskan hidup.




Kes sebegini semakin banyak telah dilaporkan di Syria dan keperluan bantuan kecemasan sangat diperlukan.

Kita boleh menyelami sendiri kesedihan remaja ini berjuang untuk terus hidup dengan hanya memakan kotak sebagai alas perut.

Video yang berdurasi selama 49 saat ini turut dikongsi oleh Sham Kamikaze di laman Facebooknya sebagai tanda prihatin terhadap mangsa perang di Syria. Setakat ini hampir 1,218 jumlah penonton yang menyaksikan video ini.












0 ulasan:

Post a Comment