Pages

Friday, December 20, 2013

Justin Bieber umum mahu bersara


           
Pengumumannya yang pasti disambut dengan deraian air mata gadis-gadis di seluruh dunia apabila bintang berusia 19 tahun itu berkata mahu mengundurkan diri daripada dunia seni selepas album terbarunya Journals dikeluarkan minggu depan.

“Selepas album baru itu keluar, saya akan bersara. Serius!” katanya ketika ditemubual stesyen Power 106.
Bieber mengumumkan perkara itu ketika ditemubual dalam rancangan video, baru-baru ini.
Kenyataannya bintang remaja itu nyata mengejutkan kakitangan radio tersebut. Namun Bieber mengakui belum memikirkan perkara itu masak-masak.
Bagaimanapun, sumber yang rapat dengan Bieber mendakwa kenyataannya itu sekadar gurauan dan penyanyi itu belum bersedia menyimpan mikrofonnya.








0 ulasan:

Post a Comment