Pages

Thursday, December 5, 2013

Harimau muda menang 3-1 ke atas FC Ryukyu (Jepun)


      
              (Mohd Rozaimi Abd. Rahman meledak gol kedua Harimau Muda ketika menentang Ryukyu FC di Stadium MBPJ,                                                

Skuad Harimau Muda A ( bawah 23 tahun) mengejar dari belakang untuk menjaringkan kemenangan 3-1 ke atas pasukan lawan  iaitu kelab divisyen tiga Liga Jepun FC Ryukyu, di Stadium MPBJ , di sini malam Rabu.

FC Ryukyu mendahului menerusi Takahashi Shunta pada minit ke-13 tetapi Malaysia bangkit untuk menyamakan kedudukan  melalui A. Thamil Arasu pada minit ke-47 sebelum Mohd Rozaimi Abd Rahman menjadikan 2-1 pada minit ke-50 dan menambah gol ketiga Malaysia pada minit terakhir. 

Jurulatih Datuk Ong Kim Swee berkata beliau berpuas hati dengan prestasi anak buahnya serta berpendapat bahawa dia sudah mempunyai idea kasar skuad akhir yang akan ke Myanmar untuk mempertahankan pingat emas.

Sementara itu, jurulatih FC Ryukyu Norihiro Satsukawa berkata beliau berpuas hati dengan prestasi anak buahnya walaupun tewas 1-3 kepada Harimau Muda negara.

"Saya hanya membawa 15 pemain daripada segelintir pemain masih berbincang mengenai  lanjutan kontrak mereka dengan pihak pengurusan kami," kata beliau menerusi seorang penterjemah.

Satsukawa juga mengenal pasti tiga pemain yang berpotensi bermungkinan boleh menyertai pasukan itu pada masa akan datang iaitu Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Mohd Rozaimi dan Thamil.





0 ulasan:

Post a Comment