Pages

Sunday, November 24, 2013

Wanita menendang, memijak perut dan dada peragut.

                                     Wanita bergelut, tendang peragut
                                                     (Peragut ketika ditahan oleh orang awam)

Seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an dikatakan sedang berada di sebuah kedai menjual barangan kosmetik di salah sebuah kedai di Jengka, Pahang. Mangsa yang ketika itu sedang meletakkan beg tangan di atas meja kaunter untuk melakukan pembayaran namun beg tangan tersebut diragut oleh seorang lelaki berusia 21 tahun dari arah belakang.

Peragut itu kemudiannya melarikan diri bersama beg tangan tersebut ke arah motosikal yang diparkir terletak kira-kira 10 meter dari tempat kejadian. Mangsa bagaimanapun sempat mengejar suspek dan berlaku pergelutan antara mereka sebelum mangsa meminta tolong orang ramai.

Pergelutan itu menyebabkan motosikal yang ditongkat tumbang dan mangsa turut terjatuh akibat tolakan berkenaan. Mangsa bagaimanapun segera bangun lalu menendang dan memijak beberapa kali di bahagian perut serta dada lelaki terbabit.

Lelaki itu kemudiannya cuba melarikan diri namun tidak berjaya kerana ditangkap dengan bantuan orang ramai.

Menurut saksi kejadian, orang ramai terdengar mangsa menjeritan mangsa lalu bergegas ke lokasi kejadian.

Mangsa bagaimanapun tercedera akibat terjatuh dan mendapatkan rawatan di Hospital Jengka, menerima tujuh jahitan di belakang kepala selain bengkak rusuk kiri, melecet bahagian badan dan lebam betis kanan.

Peragut berkenaan ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera ketika samun tanpa senjata api.

0 ulasan:

Post a Comment