Pages

Thursday, November 21, 2013

Mayat pelancong Taiwan Hsu Li Min dibakar hari ini.

Mayat pelancong warga Taiwan Hsu Li Min yang ditembak mati sekumpulan lelaki bersenjata di Pulau Pom-Pom, Semporna Jumaat lepas dibakar pada hari ini.

Upacara pembakaran mayat dilakukan di pusat pembakaran mayat Foo Kui Memory Park, Tawau, kira-kira 12 tengah hari. Difahamkan sebelum upacara pembakaran dijalankan, mayat Li Min, 57, dibawa ke Tokong Sia Kok Moral Uplitting Society untuk upacara keagamaan.

Abang mangsa, Hsu Li Ren berkata pihaknya berterima kasih kepada semua yang telah memberi bantuan kepada keluarganya terutamanya kepada kerajaan Malaysia dalam masa tiga hari mereka di sini. Li Ren juga turut berterima kasih kerana membenarkan upacara pembakaran mayat dilakukan di sini juga.

Pada 15 Nov lepas, Li Min dijumpai mati di dalam sebuah bilik di pulau peranginan dengan dua kesan tembakan di dadanya manakala teman wanitanya Chang An Wei, 58, diculik oleh kumpulan bersenjata dipercayai kumpulan pengganas dari negara jiran. 

Sumber: Sinar Harian

0 ulasan:

Post a Comment