Pages

Monday, November 25, 2013

Kanak-Kanak 6 Tahun Berjaya Meloloskan Diri Dari Penculik.

Seorang kanak-kanak lelaki bertindak pantas dan berani apabila berjaya melarikan diri daripada penculik yang menculiknya.

                       Budak 6 Tahun Berjaya Selamatkan Diri Dari Penculik

Kanak-kanak berusia 6 tahun tersebut dikatakan ditangkap oleh seorang lelaki yang memakai topeng ketika dia sedang bermain dengan rakan-rakannya di luar flat di Bangsar, semalam.

Dia dibawa menaiki LRT dan setelah beberapa perhentian, dia bertindak berani dengan berlari menuju keluar sebaik sahaja pintu dibuka ketika LRT itu berhenti di stesen Taman Melati kira-kira pukul 4 petang.

Kanak-kanak tersebut berlari keluar seterusnya hanya berhenti apabila melihat seorang pegawai polis bantuan.

 "Saya mahu lari tapi saya takut. Tetapi apabila saya melihat pintu terbuka dan dia sedang melihat tempat lain, saya hanya berlari keluar selaju yang mungkin," katanya sambil menambah lelaki itu tidak mengejarnya.
Menurutnya lagi, terdapat ramai orang di sekelilingnya tetapi dia tidak berani meminta bantuan kerana bimbang lelaki itu akan mengapa-apakannya.

Kanak-kanak itu kelihatan amat berani dan berkata polis telah memberikan minuman dan mee untuk makan malam.

0 ulasan:

Post a Comment