Pages

Saturday, November 23, 2013

Ustaz Azhar Idrus dibayar RM25-30 Dalam Ustaz Mu Tunggu Aku Datang??

Ustaz Azhar Idrus atau lebih popular dikenali sebagai UAI, seorang penceramah bebas yang popular muncul dalam filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang! arahan pengarah popular Datuk  David Teo.

                    UAI di Bayar RM25~30K Dalam Ustaz Mu Tunggu Aku Datang?
                                                         (Barisan pelakon utama Ustaz Mu Tunggu Aku Datang!)

Menampilkan seorang penceramah popular dalam filem tersebut, ia merupakan strategi tersendiri yang dilakukan oleh syarikat perfileman milik Datuk David Teo iaitu Metrowealth.

Ada desas-desus yang mengatakan UAI menerima bayaran yang agak lumayan iaitu sekitar RM25,000 sehingga RM30,000 meskipun hanya tampil dalam tiga babak sahaja.

Persoalan berkaitan itu bagaimanapun tidak terjawab apabila penerbitnya, Datuk David Teo enggan mendedahkan jumlah sebenar yang dibayar oleh Metrowealth.

“Tentang nilai bayaran, pastinya saya tidak boleh memberitahu jumlah sebenar kepada umum dan ia dibuat atas persetujuan antara pihak penerbit dan pengurusan Azhar Idrus menerusi beberapa perbincangan yang dilakukan.

“Sebenarnya. kami tidak pernah berurusan dengan Azhar secara langsung, sebaliknya segala urusan dibuat bersama dengan pengurusan beliau. Jadi, saya ingin menjelaskan tentang bayaran bukan beliau yang menetapkannya.

“Bayaran yang Metrowealth berikan bukanlah dinilai kepada kekerapan kemunculan beliau, tetapi lebih menjurus kepada falsafah dan pandangan beliau menerusi mesej positif yang disampaikan,” jelasnya.

David bagaimanapun menegaskan bahawa perkara tersebut tidak sepatutnya dipertikaikan kerana peranan Azhar dalam filem arahan Pierre Andre itu memberi impak kepada jalan cerita.

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang! menceritakan tentang Dadu (Shahrol Shiro) yang tidak mempunyai hala tuju dalam hidup, manakala rakan baiknya Muiz (Ajak Shiro) pula seorang penganggur dan mengharapkan Dadu menyara hidupnya.

p/s: Mungkin selepas ini, akan ada orang berkopiah, bersongkok dan  berjubah memasuki pawagam untuk menonton filem. :)

0 ulasan:

Post a Comment