
(Gambar tangan Mohd Nur Iman Mohd Zafri, 9, yang tersepit)
Sumber gambar: Sinar Harian
Akibat kejadian itu, dia mengalami kecederaan dengan kulit terkoyak sehingga menampakkan tulang ketika cuba menarik keluar tangannya yang turut tersangkut pada skru brek basikal berkenaan. Mohd Zafri Said, 38, bapa kepada Mohd Nur Iman berkata, dia mengetahui insiden menimpa anaknya itu selepas dimaklumkan oleh seorang guru dari sebuah sekolah tahfiz berdekatan yang melihat Mohd Nur Iman menahan kesakitan bersama basikalnya, kira-kira 20 meter jarak rumah dari lokasi kejadian.
Menurut Mohd Zafri, dia dan isteri berlari ke lokasi kejadian dan setelah tiba, dia cuba menarik keluar tangan anaknya yang tersepit namun tidak berhasil.
Kerana bimbang dengan keselamatan anaknya, Dia menghubungi pihak Bomba dan Penyelamat yang kemudian tiba 10 minit kemudian.
Operasi mengeluarkan tangan mangsa mengambil masa kira-kira 15 minit sebelum dihantar ke Hospital dan kini dilaporkan stabil.
0 ulasan:
Post a Comment