Pages

Wednesday, January 1, 2014

Najwa Latif mendapat kritikan hebat daripada peminat dan peserta himpunan 'Turun'


                        

Nama penyanyi muda negara, Najwa Latif atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif sudah tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air negara.

Popular menerusi lagu ‘Cinta Muka Buku’, Najwa dikaitkan berhubung penyebaran mesej bergambar yang menyerupai akaun Twitter miliknya, semalam.

Mesej bergambar itu seolah-olah mendakwa peserta himpunan Turun di Dataran Merdeka semalam melakukan keganasan dan gangguan seksual.

Gambar berkenaan mendapat kritikan hebat daripada peminat dan peserta himpunan terbabit yang kesal dengan tuduhan liar tersebut malah ia turut mengaitkan seorang isteri pemimpin tertinggi negara.

Najwa mendakwa kenyataan yang dimuat naik dengan menggunakan laman mikro, Twitter menyerupai akaunnya itu dipercayai direka oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan menjatuhkan reputasinya sebagai seorang artis yang berhijab.

“Itu tidak benar, saya tidak ada ‘tweet’ sebegitu, dan saya boleh katakan ia palsu. Setakat ini benda itu tiada dalam Twitter saya sendiri, jadi, saya rasa itu adalah palsu, ada orang lain edit, mungkin menggunakan perisian grafik komputer.

Najwa turut menafikan terlibat dengan sebarang aktiviti selepas selesai membuat persembahan di Konsert KL New Year Countdown 2014’ anjuran Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL).

Biarpun perkara tersebut telah menjejaskan reputasinya, namun Najwa tidak berhasrat untuk membuat laporan polis dan sudah memaafkan pelaku tersebut.

“Setakat ini tiada laporan polis dibuat kerana saya sebelum ini pernah kena, apa pun berlaku saya maafkan.

“Apa pun Tuhan tahu, dan apa yang berlaku semalam, pengurus saya, kakak saya tahu. Tak perlu nak buat fitnah kerana ia boleh menjatuhkan imej orang lain juga. Jadi, berhentilah daripada buat perkara sebegitu,” katanya.






Berita penuh : Sinar Harian Online


0 ulasan:

Post a Comment