Pages

Monday, January 6, 2014

Anggota polis maut terjerut: Gurauan makan nyawa



Seorang anggota polis meninggal dunia apabila tergelincir menyebabkan tali yang digantung pada jeriji tingkap menjerut lehernya. Difahamkan arwah pada ketika itu sedang bergurau dan bermain bersama dua anaknya yang berusia 10 dan 14 tahun. Kejadian berlaku di kuarters Polis Diraja Malaysia Seri Alam.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa, Koperal Mohammad Hamid @ Anthony Abdullah, 45, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam ditemui terbaring dan disahkan maut di tempat kejadian.

Difahamkan sebelum kejadian, arwah ada bergurau dengan berkata akan tergelincir dan terjatuh ke lantai mengakibatkan dia terjerut.

Kejadian berlaku sejurus selepas itu dan kedua-dua anaknya cuba menyelamatkan arwah dengan keluar untuk mendapatkan pertolongan.

Malangnya, apabila anggota lain yang juga jiran-jirannya tiba di tempat kejadian, arwah sudah tidak bernyawa dan terbaring di atas lantai.

Pada masa sama, siasatan turut menemui seutas tali nylon berhampiran mayat arwah

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun siasatan lanjut masih diteruskan.










0 ulasan:

Post a Comment