Pages

Wednesday, July 23, 2014

Remaja maut tersepit lif


Seorang remaja perempuan maut selepas lif pemunggah barang menghempap bahagian kepalanya dalam kejadian di sebuah kedai 7.20 malam kelmarin di Gerik, Perak.

                 Remaja maut tersepit lif

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharom berkata, mangsa Noor Syarmila Abu (gambar), 18, meninggal dunia di tempat kejadiaan akibat pendarahan teruk di kepala.

Katanya, tiada unsur jenayah ditemui berhampiran kawasan kejadian tetapi siasatan lanjut masih dijalankan.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Gerik, Meor Mohd Meor Tahir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.43 malam dan bergegas ke tempat kejadian. Pihaknya menggunakan alat menyelamat khas untuk mengeluarkan mangsa dan operasi berakhir pada jam 10:30 malam.

Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan menjenguk ke bawah lif yang dinaikinya seorang diri di tingkat satu setinggi kira-kira 4.5 meter dan pada masa yang sama kemungkinan dia tertekan butang turun menyebabkan tengkuknya tersepit.

Mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Bersia Lama semalam selepas bedah siasat di Hospital Gerik.








Kredit: BH

Tuesday, July 22, 2014

Kiki didenda RM5,000, buat kerja komuniti 240 jam.


             Kiki didenda RM5,000, buat kerja komuniti 240 jam

Pengarah Eksekutif Rangkaian Kerja Kahwin, Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, atau mesra dipanggil Kiki, 30, dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan perlu melakukan kerja komuniti selama 240 jam oleh Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini.

             CDM25 - Fairrah Asyikin (Kiki) - Peugeot 208

Hukuman itu telah diputuskan oleh Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin selepas tertuduh mengaku salah diatas pertuduhan kerana melakukan kerosakan terhadap kereta jenis Toyota milik seorang lelaki warga emas, Sim Siak Hong, 61, pada 14 Julai lalu.













Sunday, June 22, 2014

Ibu kepada remaja OKU sedia serah anak kepada JKM




                  Seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) ditemui dikurung dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak di Nilai pagi Sabtu. - Foto Bernama
       Remaja OKU ketika ditemui di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai.


Pagi semalam (sabtu), negara dikejutkan dengan penemuan seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dikurung dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak di Nilai.

Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Neger sembilan Faizal Fazri Othman dalam Operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.

Ibu kepada Muhammad Firdaus yang mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau berkata bahawa waktu kerjayanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari.

“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,”.

Dia yang berasal dari Sabah berkata, Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun. 

Menurutnya, sejak berpisah dengan bekas suami yang berasal dari Tawau, Sabah, dia tidak lagi berhubung dan tidak tahu di mana bekas suaminya itu tinggal dan bekerja.

“Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang,” katanya. 

Apabila ditanya mengenai nasib anaknya selepas ini, Lola berkata, dia sudah membuat keputusan untuk menyerahkan anaknya itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

“Bukan saya tidak sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia,” katanya.







Tuesday, May 6, 2014

Datuk Aziz Satar meninggal dunia

Pelakon veteren, Datuk Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang pada kira-kira jam 2 pagi tadi.

Memetik laporan sebuah media, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.

Allahyarham dilaporkan dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung.

Jenazah yang akan dibawa pulang ke rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital dan urusan pengebumian dijangka dilakukan pagi ini.

Allahyarham yang dilahirkan di Surabaya, Indonesia merupakan rakan seangkatan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin popular menerusi filem Seniman Bujang Lapok. 

Al-Fatihah...


cp Sinar Harian

Friday, February 14, 2014

Harga getah merudum, penoreh terhimpit


               

Penganalisis ekonomi berpandangan bahawa penurunan harga getah sememangnya tidak boleh dielakkan kerana ia berasaskan kepada pasaran terbuka, namun kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk mengelak rakyat (penoreh getah) daripada terus tertekan dengan kesempitan hidup yang kian menghimpit kini.

Menurut Ahli Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Kewangan Majlis Profesor Negara, Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman, untuk mengelak penoreh getah daripada terus terhimpit dek kerana penurunan harga getah tersebut, kerajaan perlu memikirkan satu mekanisme khusus untuk membantu mereka.

"Kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk membantu mereka pada saya untuk tempoh ini... mungkin kerajaan boleh membantu dengan memberi bantuan khusus kepada mereka.

"Mungkin model BR1M boleh dijadikan contoh," katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online, hari ini.

Nasib penoreh getah kini boleh dikatakan seperti pada era 80-an kerana walaupun harga getah sekarang sekitar RM2.60 sekilogram (kg) tetapi kos kehidupan yang tinggi nyata membebankan mereka.







CP: Media












Wednesday, February 12, 2014

Enggan gugurkan anak bermuka dua


              Foto
                                                                   RENEE (kiri) dan Howie.
Sydney: Sepasang suami isteri berkeras enggan menggugurkan kandungan mereka yang disahkan mempunyai dua muka dan dua otak.
Renee Young dan Simon Howie dari Tregear, di sini, dinasihatkan doktor supaya menggugurkan kandungan itu yang pada mulanya disangka kembar.
“Kami terkejut apabila imbasan ultrabunyi menunjukkan anak dikandung sebenarnya seorang saja, bukannya kembar,” kata Renee.

Imbasan tiga dimensi menunjukkan bayi itu mempunyai sepasang kaki dan tangan selain satu badan dan semua organ dalaman sempurna termasuk jantung.
Doktor sebelum ini menasihatkan kandungan itu digugurkan bagi mengelak anak berkenaan menghadapi kesukaran kelak kerana dianggap pelik.
Sebaliknya pasangan itu tegas mahu membesarkan anak mereka dengan penuh kasih sayang dan dikelilingi orang yang menyayanginya.

                Foto
Imbasan jelas menunjukkan dua muka bayi berkenaan masing-masing dengan mata, hidung dan mulut yang lengkap.

“Kandungan ini kini berusia 19 minggu dan sihat dengan degupan jantung serta otak yang kuat,” kata Renee dalam rancangan A Current Affair - In Both Brains.

Keadaan itu dikenali sebagai kraniofasial hiperhidrosis adalah sejenis kes kembar siam ekstrem dan terlalu jarang dilihat, malah hanya 35 kes direkodkan setakat ini.

Tidak satu pun mampu hidup melepasi usia kanak-kanak.

Kemungkinan itu tidak menggugat semangat pasangan terbabit, malah mereka berazam membesarkan bayi itu bersama tujuh anak mereka.

“Keluarga kami sangat rapat dan kami percaya mampu melindungi bayi ini tidak kira apa pun kecacatannya.

“Pada kami menggugurkannya perbuatan tidak bermoral.

“Anak ini tiada bezanya dengan kanak-kanak yang mempunyai autisme atau sindrom Down.

“Bayi ini sihat dan membesar elok dalam kandungan. Tidak wajar ia digugurkan,” kata Howie.

Sementara itu, pakar obstetrik Greg Kesby berkata, ini kali pertama dia melihat kes seumpama itu.- Agensi













16 penumpang jip maut


           16 penumpang jip maut

KOLKATA - INDIA. Kesemua 16 penumpang jip maut selepas kenderaan dinaiki berlanggar dengan sebuah lori yang dipercayai dipandu laju di lebuh raya di timur India, semalam.

Pegawai polis di ibu negeri Bengal Barat, Kalyan Mukhopadhyay berkata kepada Al Jazeera, ketika kejadian mangsa dikatakan menaiki dua jip berbeza dan sedang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis perkahwinan di Sahapur.

"13 orang meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga yang lain meninggal dunia di hospital,"katanya.

India merupakan negara yang terkenal dengan struktur jalan raya teruk sekali gus menjadi antara faktor utama menyumbang peningkatan kadar kemalangan di negara tersebut.